Polis tahan ‘superman’ di rumah

Oleh – Syeikh Baran


Polis tahan 'superman' di rumah
Aksi lelaki menunggang ala spiderman di lebuhraya sebelum ditahan semalam. Gambar ihsan PDRM

Lelaki yang menayangkan aksi ‘superman’ ketika menunggang motosikal di lebuh raya ditahan polis di Kampung Pantai, Mersing, semalam.

Suspek berusia 20 tahun ditahan jam 4 pagi selepas aksi dilakukan di Kilometer 139, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar ke rumah suspek.

“Semasa ditahan, polis turut merampas motosikal jenis digunakan ketika mempamerkan aksi berbahaya itu.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, suspek turut direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker