Akaun parti dibeku , PPBM hadapi PRN dengan imej “penyamun”.

 

Persepsi sangat penting dalam politik.

Sama ada persepsi itu benar atau tidak itu perkara nombor dua.

Begitu lah yang terjadi kepada UMNO.

UMNO dilabelkan pelbagai gelaran untuk pihak lawan meracuni minda rakyat.

Pemimpin UMNO dikenakan dakwaan tidak masuk akal juga atas sebab permainan persepsi mereka kaki rasuah dan penyamun.

Walaupun kemudian nya didapati banyak kes gugur dan menang terhadap pemimpin UMNO , namun “damaged done’ terhadap jenama UMNO.

Kali ini , ia terjadi terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Akaun parti PPBM telah disahkan dibeku beberapa hari lalu.

Ini mengambarkan PPBM juga ada wang ‘curi” atau wang kotor masuk kedalam akaun mereka.

Sebelum ini pun media telah sibuk dengan kisah pemimpin pemimpin Perikatan Nasional begitu mewah menghadapi PRU15.

Mereka mampu “sedekah” kepada ribuan pengundi mereka.

Pemimpin PPBM juga ada miliki wang berpuluh juta didalam bilik rumah mereka seperti pengakuan Annuar Musa didalam sebuah video tertular.

Apabila sah akaun parti PPBM dibekukan , maka PPBM dan PN bakal hadapi PRN yang agak sukar dengan imej ‘penyakau’.

Walaupun dipercayai wang didalam akaun parti hanya sedikit sahaja dari jumlah yang mungkin disorok ditempat lain atas nama individu , namun imej PPBM sudah tercalar.

Laungan mahu gelar UMNO parti ‘kleptokrat’ atau parti ‘penyamun’ akan terbantut kerana PPBM terpalit dengan kes rasuah dan akaun dibeku.

Kini PPBM mungkin tiada masalah dengan akaun dibeku kerana mereka ada sumber lain disimpan ditempat lain, namun yang penting bagaimana PPBM akan hadapi PRN dengan imej kotor?

Ini lah natijah nya suka melakukan perkara kotor didalam politik lalu ia Kembali kepada PPBM apabila hilang kuasa.

PPBM tidak boleh menyatakan mereka dianaya atau pembalasan politik kerana kes sememang nya wujud apabila banyak wang dibelanja ketika PKP yang tiris dan tidak diketahui kemana pergi nya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker