Memang lain macam vending machine ciptaan kanak-kanak ini [VIDEO]

Bayar 50 sen boleh dapat macam-macam jajan, Super Ring pun ada! 

Memang lain macam vending machine ciptaan kanak-kanak ini

Memang lain macam vending machine ciptaan kanak-kanak ini
Netizen kagum dengan kreativiti kanak-kanak ini mencipta vending machine menggunakan kotak.

BUKAN kreatif biasa-biasa!

Demikian antara komen netizen terhadap perkongsian video memaparkan hasil kreativiti seorang kanak-kanak yang mencipta mesin makanan ala-ala vending machine menggunakan kotak terpakai.

Menerusi video yang tular di laman TikTok, kanak-kanak bernama Muhd Danish Khalish ‘mempersembahkan’ ciptaannya, prototaip sebuah kotak makanan lengkap dengan cara penerangan yang sangat terperinci.



“Ini saya ada buat mesin untuk makanan. Kita test beli Super Ring. Mula-mula masukkan duit, kemudian tekan,” ujarnya dalam loghat utara, sambil membuat demonstrasi cara menggunakan mesin ciptaannya.

‘Vending machine’ tersebut diperbuat daripada sebuah kotak terpakai, lengkap dengan tempat khas untuk memasukkan duit syiling bagi membeli makanan ringan yang sudah disimpan di dalamnya.

Mungkin nampak biasa pada pandangan sesetengah orang, tetapi jika diteliti, rekaan sedemikian adalah gabungan antara bakat, daya imaginasi dan kreativiti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa kagum dengan kebolehan dan bakat kanak-kanak lelaki berkenaan.

Memang lain macam vending machine ciptaan kanak-kanak ini
Kanak-kanak tersebut turut membuat demonstrasi cara menggunakan vending machine ciptaannya.

 



Netizen berpendapat kanak-kanak tersebut mempunyai bakat yang besar dan harus diketengahkan kerana berpotensi untuk menghasilkan ciptaan yang kreatif.

Malah netizen juga memuji kanak-kanak tersebut kerana berfikir dan tampil dengan sesuatu yang jauh lebih matang berbanding usianya.

Mak ayah boleh ketengahkan bakat adik ni, tengok betapa dia kreatif. Moga berjaya dunia akhirat.

NETIZEN

“Kreatif kau dik. Moga dapat membuat kemudahan pada masa depan ya.

“Hebatnya dik! Belajar rajin-rajin tau. Semoga diberi kejayaan dunia dan akhirat.

“Power! Kakak pun fikir macam mana adik buat.

 

Memang lain macam vending machine ciptaan kanak-kanak ini
Netizen berharap bakat kanak-kanak tersebut dikembangkan lagi untuk mencipta rekaan yang lebih kreatif.

“Mak ayah boleh ketengahkan bakat adik ni, tengok betapa dia kreatif. Moga berjaya dunia akhirat,” demikian antara komen netizen.

Sehingga kini video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu meraih lebih 57,000 jumlah tontonan.

Memang lain macam vending machine ciptaan kanak-kanak ini

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker