RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN
RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN (30 NOVEMBER 2022 – 6 DISEMBER 2022)
Berdasarkan analisis model-model cuaca, angin timuran kencang dijangka bertumpu di timur Sabah dan pantai timur Semenanjung sehingga 5 Disember 2022.
Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan dan berpotensi menghasilkan hujan berterusan di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut.
Pada masa yang sama satu sistem cuaca tekanan rendah dijangka terbentuk di perairan Laut China Selatan pada 2 Disember 2022 dan bergerak ke arah barat laut menghampiri perairan Kelantan dan Terengganu pada 3 Disember 2022.
Sehubungan itu, METMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan negeri-negeri pantai timur Semenanjung pada 1 hingga 3 Disember 2022 dan Negeri Sabah pada 1 Disember 2022.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
METMalaysia