Xiaomi 13 Dikhabarkan Hadir Hingga 10 Pilihan Warna

Minggu ini pada 1 Disember, Xiaomi akan mengadakan majlis pelancaran bagi siri Xiaomi 13 di China. Selain dikhabarkan guna cip Snapdragon 8 Gen 2, siri Xiaomi 13 mungkin hadir sekurang-kurangnya 3 model baharu.

Menariknya lagi, saya mendapat tahu bahawa Xiaomi 13 berkemungkinan besar memperkenalkan hingga 10 pilihan warna.

Seandainya benar, ini akan menjadi peranti andalan pertama dunia dengan pilihan warna terbanyak. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa ura-ura ini mungkin hanya sekadar gimik sahaja.

Mana tidaknya, pilihan warna yang begitu pelbagai adalah tidak secocok dengan 3 variasi yang dikhabarkan dalam siri Xiaomi 13 ini. Penambahan warna akan menyukarkan pengguna untuk membuat pilihan dalam membeli peranti Xiaomi itu.



Selain itu, pengumuman pelancaran siri Xiaomi 13 ini juga telah menjelaskan ura-ura yang mengatakan siri baharu tersebut akan dinamakan Xiaomi 14.
 mydrivers

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker