4 nelayan Vietnam disyaki penagih dadah

4 nelayan Vietnam disyaki penagih dadah
Empat nelayan Vietnam yang ditahan kerana dipercayai terbabit penagihan dadah di Rompin. – Foto Maritim Malaysia

4 nelayan Vietnam disyaki penagih dadah

KUANTAN: Empat nelayan Vietnam yang disyaki penagih dadah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang kira-kira 26.8 batu nautika timur laut Kuala Endau, Rompin, semalam.

Pengarah APMM Pahang Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, penahanan itu dilakukan menerusi Op Makmur selepas pihaknya mengesan sebuah bot sedang bersauh dalam keadaan mencurigakan jam 4.35 petang.

Pemeriksaan mendapati empat lelaki warga Vietnam berusia 37 hingga 47 tahun berada dalam bot terbabit.



“Kita turut merampas tiga paket kecil lut sinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah dianggarkan seberat 30 gram bersama satu set peralatan menghisap dadah disembunyikan dalam bot.

“Semua dadah yang ditemukan itu dianggarkan bernilai RM3,000 manakala empat suspek disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bot dan empat nelayan terbabit dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading, Rompin untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Sehubungan itu, Kamal Ariffin mengingatkan komuniti maritim di perairan Pahang supaya menjauhi aktiviti penyalahgunaan dadah dan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang untuk memastikan perairan Pahang aman dan sejahtera.



“Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 yang beroperasi secara 24 jam atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999,” katanya.

Maritim teruskan operasi mencari dan menyelamat

4 nelayan Vietnam disyaki penagih dadah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button