Ular berkilat tunjuk tempat jasad anak lemas

Ular berkilat tunjuk tempat jasad anak lemas

Ular berkilat tunjuk tempat jasad anak lemas
Anggota APM menemui mayat Abdul Wahab di tingkat dua Taman Rekreasi Lata Tembakah, Sungai Tenang, Besut, pagi ini. Foto ihsan APM

BESUT: Firasat seorang bapa yang kuat mengatakan mayat anaknya berada di tingkat tiga Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut dekat sini, tepat apabila mangsa dijumpai di lokasi berkenaan pagi tadi.

Mayat Abdul Wahab Mat Sulaiman, 27, ditemukan kira-kira 8 pagi oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR), kira-kira 700 meter dari tempat dia terjatuh iaitu di tingkat lima air terjun itu Khamis lalu.

Bapa mangsa, Mat Sulaiman Dollah, 58, sebelum ini yakin anaknya berada di dasar tingkat tiga air terjun itu susulan penemuan baju dan sarung golok milik anaknya di lokasi sama, walaupun ada yang berpendapat mayat mangsa mungkin telah dihanyutkan lebih jauh.



“Awal pagi semalam saya terserempak dengan seekor ular berkilat bersaiz jari orang dewasa sepanjang sekaki di tebing sungai, ular itu kemudian masuk ke dalam sungai tempat mayat anak saya ditemukan hari ini, kehadiran ular aneh itu menguatkan lagi firasat saya.

“Anak saya dijumpai terapung di tepi batu oleh anggota SAR (mencari dan menyelamat) yang naik ke kawasan itu bermula 7 pagi tadi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi mencari anak saya sejak petang Khamis,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Besut di sini seperti dilaporkan BERAMA, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, berkata mayat mangsa ditemukan di celah batu dalam air tingkat tiga air terjun di hutan lipur itu, kira-kira 8 pagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Beliau berkata, pasukan penyelamat bomba membuat tinjauan di sekitar tempat kejadian sejak 7.40 pagi tadi bermula dari tingkat satu hingga lima sebelum menemukan mayat mangsa di tingkat tiga.

“Siasatan awal ke atas mangsa mendapati terdapat kesan-kesan kecederaan pada tubuh,” katanya.

Rozak berkata, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan Khamis lalu yang disertai polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan (RELA) serta Jabatan Perhutanan.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang Khamis lalu, mangsa berusia 27 tahun, dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat lima Lata Tembakah, Sungai Tenang di Hulu Besut.



Ketika kejadian, arwah yang juga pekerja syarikat kontraktor di hutan lipur itu dikatakan sedang membaiki saluran paip bersama adiknya yang berusia 19 tahun.

Lemas selepas lari daripada polis

Ular berkilat tunjuk tempat jasad anak lemas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading