Elly Mazlein Telah Buat ‘A Fantastic Job’

Berani Sahut Cabaran, Ini Kenyataan Wakil Astro - Media Hiburan

Elly Mazlein Telah Buat ‘A Fantastic Job’

Elly Mazlein Telah Buat ‘A Fantastic Job’

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad mengatakan pihaknya berpuas hati dengan prestasi hos, Elly Mazlein di Gegar Vaganza (GV9) bagi menggantikan Jihan Muse yang berpantang.

Menurut Raqim, Elly memberikan persembahan baik di samping Nabil Ahmad, sepanjang 11 minggu program realiti itu bersiaran.



“Saya rasa Elly telah melakukan ‘a fantastic job’ sebab dia memberikan satu nafas baru kepada Gegar Vaganza. Saya ada berjumpa dengan Elly selepas mendapat tahu Jihan mengandung.

“Terus… Dia (Elly) kena bersedia. Malah setiap kali bertemu, saya ada berbincang dan bertanya apa pembaharuan yang boleh dibawanya ke pentas GV memandangkan sebelum ini dia ada mengacara beberapa program lain juga,” katanya pada sidang media GV9 Akhir, Ahad lalu.

Raqim pada masa sama berterima kasih kepada Elly yang mesra disapa Kak Lina kerana sanggup menggalas cabaran seterusnya cuba berikan yang terbaik di GV9.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Ternyata Elly sahut cabaran dan apa yang dilakukan di atas pentas GV adalah dia sendiri. Tiada paksaan daripada pihak kami dan saya berterima kasih kepadanya.



“Memang Kak Lina berani ambil cabaran dan kami berjumpa berbulan selepas Jihan hamil. Memang dia betul-betul bidan terjun dan melakukan pengacaraan yang sangat bagus,” katanya lagi.

Elly Mazlein Telah Buat ‘A Fantastic Job’

 

Elly Mazlein Telah Buat ‘A Fantastic Job’



Elly Mazlein Telah Buat ‘A Fantastic Job’

Sementara itu, Penolong Naib Presiden Gen Next Astro, Razlin Irawati Johar pula mengakui gandingan Elly dan Nabil menjadi antara penyumbang kepada rating program berkenaan selain barisan bintang dan juri terlibat.

“Jika boleh dikongsikan, rating GV9 kali ini naik yang pertama sekali adalah disebabkan barisan bintang. Daripada awal sudah menarik minat jutaan penonton untuk menyaksikan GV9 setiap minggu.

“Yang kedua tidak dinafikan gandingan Kak Lina dan Nabil, mereka memang bagi all out. Penonton sentiasa terhibur dengan gelagat mereka selain barisan juri.



“Di mana saya lihat juri sama ‘naik’ dengan Kak Lina, saling memberi juga. Hiburan yang ada dalam GV9 itu sendiri buatkan program ini kekal nombor satu di negara ini,” katanya lagi.

Razlin bagaimanapun mendedahkan masih awal untuk mengetahui sama ada Elly akan berada dalam edisi GV yang seterusnya atau tidak.

Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?



Elly Mazlein Telah Buat ‘A Fantastic Job’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button