TUDUHAN BERSETUBUH LUAR TABII – PENDAKWAH SELEBRITI BERSEDIA DIBICARAKAN

“Of course (sudah tentu) saya sedia untuk dibicarakan, insyallah kepada yang mendoakan dan menyokong saya dari awal sampai ke hari ini. Saya ok, alhamdulilah makin gemuk dan makin berisi,” ujar pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, dipetik sebagai berkata.

Untuk makluman, pada 10 Disember tahun lalu, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan di dua mahkamah di sini.

Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita yang juga penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.

PS%2B1.jpg

Sementara di Mahkamah Majistret pula, pendakwah tersebut didakwa atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Menerusi prosiding terkini di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Jamaludin Mat dan Mahkamah Majistret di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol, kedua-dua mahkamah itu menetapkan 19 Mac ini bagi sebutan semula kes.

Sebutan semula kes itu berikutan kertas siasatan kes tidak dibawa ke mahkamah pada hari ini, demikian kata peguam yang mewakili Syed Shah Iqmal, Syed Amirul Syed Edros.

PS%2B2.jpg

GELARAN DA’I – PENGURUS SYED IQMAL PERTIMBANG BUANG

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker