Ismail Sabri Hanya Berani Menafikan Perbelanjaan RM600 Bilion Dalam FB!!!



Ismail Sabri Hanya Berani Menafikan Perbelanjaan RM600 Bilion Dalam FB!!!

Ismail Sabri Hanya Berani Menafikan Perbelanjaan RM600 Bilion Dalam FB!!!

Bekas perdana menteri ke 9, Ismail Sabri, membuat hantaran penafian bahawa sewaktu Perikatan Nasional menguatkuasakan Akta Darurat, mereka telah membelanjakan dana lebih dari RM600 bilion.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/ismailsabri60/posts/pfbid02YGpQa9pybj2zk2t8pSGUReCRwx46hPg85gEm4M1ceHnQCSn19m9o6MTryjkKYgwml



Hantaran di dalam Facebook itu dibuat untuk menafikan hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun Twitter Yusoff Bachek.

Yusoff Bachek mendakwa sebanyak RM620 bilion telah dibelanjakan oleh Perikatan Nasional sepanjang tempoh darurat.

Dan perbelanjaan itu tidak direkodkan di dalam Akaun Perbendaharaan.

Menurut penjelasan Ismail Sabri, hanya RM110 bilion sahaja yang Perikatan Nasional belanjakan dana dari perbendaharaan negara.



Dan ianya telah diluluskan oleh parlimen.

Manakala sebanyak RM530 bilion pula bukanlah dana perbendaharaan negara yang dibelanjakan.

Tetapi ianya adalah dalam bentuk pakej rangsangan ekonomi seperti moratorium pinjaman bank.

Dari semakan penulis, ternyata kenyataan yang dibuat oleh Ismail Sabri adalah bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa, di era Perikatan Nasional.



Yamani menjelaskan bahawa Perikatan Nasional memperuntukkan sebanyak RM225 bilion.

Tetapi hanya membelanjakan sebanyak RM156.18 bilion setakat 30 November 2021.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/898377/lebih-rm156-bilion-dibelanja-untuk-pakej-bantuan-rangsangan-ekonomi



Manakala Hafiz Mansor pula memberikan penjelasan yang berbeza di dalam portral Harakah Daily.

Menurut beliau, sepanjang tempoh 2020/2021, Perikatan Nasional hanya membelanjakan RM75.7 bilion sahaja.

Baca di sini:

https://harakahdaily.net/index.php/2022/11/16/pakej-rangsangan-ekonomi-rm530-bilion-tsmy/

Apa Perlunya Akta Perbekalan Tambahan Di Pinda Ketika Tempoh Darurat?

 

Persoalannya, sekiranya benar seperti apa yang didakwa oleh Ismail Sabri bahawa perbelanjaan sebanyak RM110 bilion itu sudah diluluskan parlimen, mengapa perlu akta perbelanjaan tambahan dipinda ketika tempoh darurat?

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/802177/ordinan-baharu-beri-kuasa-pm-mb-dan-km-guna-dana-tanpa-kelulusan

Sekiranya benar dana perbendaharaan dibelanjakan dengan jumlah yang sudah diluluskan.

Maka tiada keperluan akta tatacara perbekalan tambahan dipinda dalam darurat.

Sebagai bekas timbalan perdana menteri, Ismail Sabri sepatutnya membuat kenyataan rasmi mengenai penafian itu.

Itu pun sekiranya yakin beliau benar.

Bukannya hanya membuat penafian di dalam Facebook yang boleh dipadam sekiranya isu ini dibawa ke mahkamah.

Atau mungkin Ismail Sabri sudah merasakan bahawa beliau sekarang ini adalah sama tarafnya dengan netizen!!!

 

Ismail Sabri Hanya Berani Menafikan Perbelanjaan RM600 Bilion Dalam FB!!!

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker