Jumlah tunggakan bil pengguna Air Kelantan RM28.5 juta

KOTA BHARU: Jumlah tunggakan bil pengguna Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) hingga September tahun ini sebanyak RM28.5 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor, berkata jumlah itu adalah pengurangan ketara berbanding sehingga Disember tahun lalu sebanyak RM33.2 juta.

Punca utama tunggakan adalah daripada pengguna domestik yang masih tinggi iaitu berjumlah RM18.4 juta hingga September tahun ini.

“Kutipan sedikit perlahan disebabkan pengguna domestik yang masih dalam pasca COVID-19 kini dalam peringkat pemulihan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker