Negara akan lebih stabil jika Anwar dan Zahid berganding

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Negara akan lebih stabil jika Anwar dan Zahid berganding

Malaysia mencatat sejarah politik tersendiri selepas berakhirnya Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022.

Setelah penantian selama 24 tahun, akhirnya Dato Seri Anwar Ibrahim telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Beliau telah berjaya mendapat sokongan dari Barisan Nasional yang diterajui Datuk Seri Zahid Hamidi selepas berlaku konflik antara PH dan PN yang masing-masing tidak mempunyai majoriti.



Menjunjung Titah Agong, BN bertindak memberi sokongan penuh kepada Anwar bagi membentuk kerajaan yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan.

Menoleh sejarah antara Anwar dan Zahid pada satu ketika, memberi nafas baru dalam politik Malaysia untuk rakyat seluruhnya.

Antara cabaran penting dalam kepemimpinan Zahid ialah tindakan bantahan terhadap Persidangan Asia Pasifik Mengenai Timur Timor (Apcet II) di Kuala Lumpur, menangani penghinaan Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew terhadap Negeri Johor yang kononnya dipenuhi kejadian tembak menembak, samun dan curi kereta, dan akhir sekali isu pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998. – Sejarah Pemuda Umno

Waktu Anwar Timbalan Perdana Menteri, Zahid merupakan Ketua Pemuda Umno dan kerjasama mereka berdua agak baik ketika itu.

Pada 1998, Anwar memilih arah politik berlawanan namun Zahid memilih untuk terus setia kepada Umno dan dilantik sebagai Menteri Jabatan Perdana Menteri pada 2008 dan kemudian Menteri Pertahanan pada 2009.



Jawatan terakhir Zahid dalam kerajaan ialah Timbalan Perdana Menteri sebelum kekalahan BN pada PRU14.

Gandingan Anwar-Zahid dilihat akan menjadikan politik negara lebih stabil berikutan persefahaman antara kedua pemimpin yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama untuk ditangani.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker