Norris tuntut jentera lebih pantas

London: Lando Norris menegaskan McLaren tidak mencapai sasaran mereka pada tahun ini dan memerlukan kereta yang lebih baik pada musim depan.

Norris menduduki tempat ketujuh dalam kedudukan pemandu F1, mengatasi rakan sepasukan, Daniel Ricciardo, yang berada di tempat ke-11 sebelum digantikan dengan Oscar Piastri pada tahun depan.

Ia sekali gus menyaksikan Norris muncul pemandu senior untuk pasukan itu pada musim depan.

“Adakah kita mencapai sasaran pada 2022? Secara jujurnya saya rasa tidak.

“Jika kami mahu keputusan lebih baik dan menjadi juara pada satu hari nanti, kami tidak boleh berpuas hati dengan kedudukan pada musim ini.

“Tapi kami boleh berpuas hati dengan kemajuan yang sudah kami capai setakat ini.

“Daripada mekanik di hentian pit, strategi serta etika kerja seluruh pasukan, banyak perkara berfungsi dengan baik, cuma kami memerlukan kereta yang lebih baik sedikit, itu sahaja,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker