Lelaki didakwa rogol anak saudara, buat video pornografi

Lelaki didakwa rogol anak saudara, buat video pornografi

Lelaki didakwa rogol anak saudara, buat video pornografi
Lelaki pedofilia berusia 41 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga tuduhan merogol, menghasilkan video pornografi dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya, lima tahun lalu serta memiliki gambar serta video pornografi, bulan lalu. – Foto IZZ LAILY HUSSEIN

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki pedofilia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tiga tuduhan merogol, menghasilkan video pornografi dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya, lima tahun lalu.

Bekas mekanik di Singapura yang berusia 41 tahun itu turut didakwa menghasil dan memiliki kandungan pornografi kanak-kanak.

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual serta merogol anak saudara perempuannya, yang ketika itu berumur tujuh tahun, tanpa kerelaannya.



Dalam prosiding sama, dia turut didakwa menghasilkan satu video pornografi kanak-kanak.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Taman Perling, di sini, pada jam 1.30 pagi, 1 Ogos 2018.

Bapa tiga anak itu juga didakwa memiliki satu unit pendrive yang mengandungi sebuah video dan gambar pornografi kanak-kanak.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Nusantara, Iskandar Puteri, pada jam 9 malam, 24 Mei lalu.



Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 5 Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017, serta Seksyen 14 (a) dan Seksyen 10 akta sama.

Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun atau sebat, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadilah Johanuddin manakala tertuduh diwakili peguam Baharudin Baharim.

Jaminan ditetapkan pada RM8,000 dan kes disebut semula pada 24 Julai ini.

Lelaki didakwa rogol anak saudara, buat video pornografi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker