Polis serbu pusat hiburan tanpa lesen, tahan 6 GRO warga asing

Polis serbu pusat hiburan tanpa lesen, tahan 6 GRO warga asing

Polis serbu pusat hiburan tanpa lesen, tahan 6 GRO warga asing
Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Usahawan Kepong, Kuala Lumpur dan menahan enam wanita warga asing bekerja sebagai GRO. – Foto PDRM

KUALA LUMPUR: Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Usahawan Kepong, di sini, dan menahan enam wanita warga asing bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) serta seorang lelaki penjaga premis, malam tadi.

Operasi ke pusat hiburan tanpa lesen itu dilancarkan jam 11.15 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata hasil serbuan, polis menahan tujuh individu terdiri daripada seorang lelaki berusia 28 tahun dan enam wanita warga asing bekerja sebagai GRO di premis terbabit.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati premis terbabit digunakan sebagai pusat hiburan dan menjalankan perniagaan tanpa lesen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam serbuan itu, katanya, pihak polis turut merampas peralatan-peralatan audio yang digunakan bagi tujuan hiburan dan sekeping resit perniagaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana menjalankan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen perniagaan yang sah.

Beliau memaklumkan, siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggajikan warga asing tanpa permit sah dan Seksyen 39b Peraturan Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

IMIGRESEN SERBU PUSAT HIBURAN SAJI GRO

 

Polis serbu pusat hiburan tanpa lesen, tahan 6 GRO warga asing

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker