Polis tahan 3 lelaki lakukan kes samun di pasar

Polis tahan 3 lelaki lakukan kes samun di pasar

Polis tahan 3 lelaki lakukan kes samun di pasar

PARIT BUNTAR : Polis menahan tiga daripada empat individu yang melakukan kegiatan samun dengan menetak mangsa di Pasar Awam Parit Buntar, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan, berkata semua suspek yang ditahan berusia antara 47 hingga 63 tahun yang juga positif dadah jenis Methamphetamine dan Morphone.

Beliau berkata, semua yang ditahan masing-masing mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah.

“Polis yang melakukan rondaan rutin pada kira-kira jam 4 petang, terserempak dengan sebuah kenderaan jenis PROTON Waja dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis segera mengekori kenderaan itu dan kemudian terlihat tiga lelaki dengan bersenjatakan pedang dan parang meluru masuk ke dalam kereta itu.

“Susulan itu, polis menahan suspek terbabit, namun kumpulan itu bertindak melibaskan pedang dan cuba merempuh anggota di lokasi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Yusri berkata, anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi menghentikan kenderaan suspek sebelum tiga daripada empat suspek berjaya diberkas.

Beliau berkata, suspek yang berjaya melepaskan diri sudah dikenal pasti dan usaha memburunya kini giat dijalankan.

“Suspek yang bebas dikenali sebagai P Manimaran dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Zulhilmi Dahon di talian 013-2604403 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Mohd Yusri berkata, terdahulu kumpulan terbabit melakukan rompakan terhadap seorang lelaki yang juga pemborong sayur di pasar itu.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 51 tahun ditetak di pergelangan tangan kanan dan suspek berjaya melarikan seutas rantai leher dipakainya.

Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk tindakan lanjut dan anggaran kerugian dialaminya sebanyak RM15,000.

Polis cari suspek kes samun

Polis tahan 3 lelaki lakukan kes samun di pasar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker