Remaja maut kereta terbakar langgar lori

Remaja maut kereta terbakar langgar lori

Remaja maut kereta terbakar langgar lori
Seorang remaja maut apabila kereta dipandunya terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori di Kampung Jirok, Jalan Serian-Sri Aman, di Serian, malam tadi. – Foto ihsan JBPM

SERIAN: Seorang remaja maut apabila kereta dipandunya terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori di Kampung Jirok, Jalan Serian-Sri Aman, di sini, malam tadi.

Mangsa, Derry Ronston Jong, 18, ditemui meninggal dunia dalam kereta jenis Perodua Alza itu dengan mengalami kesan melecur 20 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 10.24 malam sebelum mengerahkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.



“Setiba di lokasi, pasukan mendapati sebuah lori 10 tan bertembung dengan sebuah kereta Perodua Alza.

“Kemalangan itu menyebabkan kereta Perodua Alza terbakar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, seorang mangsa kemudian ditemui mati di dalam kereta itu yang terbakar keseluruhan.

“Mangsa didapati melecur 20 peratus. Pemandu lori berusia 55 tahun serta kelindan lori berumur 49 tahun pula dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan, dan dihantar menggunakan EMRS bomba ke Hospital Serian untuk mendapat rawatan,” katanya.



Katanya, pasukan memadamkan sepenuhnya api pada kereta itu menggunakan satu aliran saluran bantu mula air dari pam jentera.

“Pasukan kemudian menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2 pagi,” katanya

Empat bayi berusia setahun antara Pati yang ditahan



Remaja maut kereta terbakar langgar lori


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button