Hampir 1,000 ditahan terlibat Macau Scam sehingga Oktober

eeac9475c61781d84e1875305e9a37245f58e7e15a239Seramai 43 individu yang dipercayai terlibat dengan aktiviti penipuan ‘Macau Scam’ ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di daerah Kluang pagi tadi. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam serbuan itu, polis menahan 39 lelaki dan 2 wanita warga China serta dua wanita tempatan yang kesemuanya berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun. –fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Sebanyak 993 individu ditahan dalam tempoh 10 bulan tahun ini selepas terlibat dalam kegiatan ‘Macau Scam’.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin berkata tangkapan pada 1 Jan hingga 31 Okt itu melibatkan 912 warga tempatan dan 81 rakyat asing.

“Pertuduhan yang telah dibuat berkaitan kes Macau Scam ini ialah 605 orang,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) mengenai jumlah kes penipuan Macau Scam serta peringkat umur penjenayah yang terlibat pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.



Beliau berkata pada masa ini, belum ada kajian mengenai umur mereka yang terlibat dalam kegiatan itu dan pihak Kementerian Dalam Negeri akan membuat penelitian berhubung perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Jonathan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Bank Negara Malaysia, syarikat telekomunikasi dan institusi perbankan untuk membanteras jenayah penipuan dalam talian.

Selain itu, katanya sebuah Jawatankuasa Teknikal Jenayah Siber yang terdiri daripada PDRM dan SKMM telah ditubuhkan pada Mac 2019 bagi tujuan sama.

Beliau berkata di peringkat dalaman PDRM pula, satu Pasukan Petugas Khas ditubuhkan bagi mengenal pasti dan memantau trend terkini kes jenayah dalam talian serta bekerjasama dengan agensi seperti SKMM yang membantu dari segi kepakaran dan teknologi.



Disyaki terlibat Macau Scam, judi dalam talian, 20 anggota dan pegawai polis ditukar


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading