Sebuah PPS dibuka di Sepang

Sebuah PPS dibuka di Sepang

Sebuah PPS dibuka di Sepang

SHAH ALAM: Sebanyak 10 rumah penduduk di Kampung Ampar Tenang, Dengkil dinaiki air akibat banjir kilat hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6 petang menyatakan terdapat ban Sungai Langat yang pecah disebabkan hujan lebat dan tidak dapat menampung jumlah air yang banyak lalu melimpah ke kawasan penduduk.

Menurutnya, limpahan air dari sebuah projek perumahan berdekatan kawasan kampung itu juga menyebabkan air naik setinggi 1.2 meter dan masuk ke kediaman penduduk.



Katanya, sebelum itu 18 keluarga sempat menyelamatkan diri dan setakat ini sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Seri Gemilang sudah dibuka bagi menyediakan tempat berlindung kepada mangsa yang terjejas.

“Seramai 10 anggota termasuk pegawai dari balai JBPM Dengkil dikejarkan ke kawasan itu bagi membantu penduduk dan sehingga kini pihak bomba masih melakukan pemantauan dan bersiap sedia bagi memastikan keselamatan penduduk,” katanya.

Hujan lebat sejak jam 2 petang tadi mengakibatkan ban Sungai Langat pecah kerana tidak dapat menampung jumlah air yang banyak.

Selain itu, banjir kilat turut dilaporkan di Taman Delima Jaya dan beberapa jalan di kawasan Kota Warisan dinaiki air dan telah surut perlahan-lahan pada sebelah petang tadi.



“Kerajaan, dengarlah rintihan kami”

Sebuah PPS dibuka di Sepang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker