Sepanyol ‘tak goyang’ kemungkinan jumpa Brazil



2022-11-29 Entrenamiento de la selección española en la Qatar University
SOLO USO EDITORIAL, SOLO DISPONIBLE PARA ILUSTRAR LA NOTICIA QUE ACOMPAÑA (CRÉDITO OBLIGATORIO)
FOTO RFEF

DOHA: Pemain tengah Sepanyol, Koke menegaskan pasukannya tidak ‘goyang’ dengan mana mana pasukan walaupun skuad La Roja berpotensi menempah pertemuan dengan Brazil di peringkat suku akhir.

Pemain tengah Atletico Madrid itu jelas yakin apabila diajukan mengenai potensi mereka berdepan Brazil di suku akhir namun mengakui suku akhir masih jauh di depan selepas mereka perlu berdepan Jepun bagi aksi terakhir kumpulan terlebih dahulu.

“Ya, kami tidak gentar dengan mana mana pasukan sekalipun. Kami ada rasa hormat yang tinggi kepada semua pasukan. Kami tidak fikirkan siapa yang akan kami tentang pada suku akhir nanti.

“Ini kerana sebelum berfikir ke arah itu, kami perlu fokus terhadap Jepun dan memenangi aksi itu terlebih dahulu kerana apa sahaja boleh berlaku.



“Jadi perkara pertama perlu dilakukan adalah menang ke atas Jepun dan selepas itu, kita tunggu lawan yang menanti kita.

“Kalau Brazil menanti kita di suku akhir kerana mungkin kami begitu bertuah untuk layak, kami akan menghadapi aksi itu dengan cara yang terbaik.”

Koke memainkan peranan penting bersama Sepanyol pada kempen Piala Dunia kali ini selepas tampil sebagai pemain gantian dalam kedua dua aksi mereka.

Pemain berusia 30 tahun itu mungkin perlu mengucapkan selamat tinggal buat karier antarabangsa sebelum Piala Dunia 2026 memandangkan dua bintang muda, Pedri dan Gavi sudahpun mengukuhkan tempat mereka di jentera tengah Sepanyol.



Jika ini benar, Qatar sudah tentu menjadi kempen Piala Dunia terakhir buat pemain itu sekali gus mahu memahat pencapaian terbaik kali ini.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker