Ahli Politik Jangan Campur Urusan Pegawai Daerah

Sultan Johor Titah Ahli Politik Tidak Boleh Campur Urusan Pegawai Daerah

KYDMM SULTAN JOHOR

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar ahli politik tidak mencampuri urusan pegawai daerah yang dilantik Baginda.

Baginda Sultan bertitah demikian dalam Majlis Pelancaran Akademi JCS dan sesi MoU di PERSADA Johor Bahru hari ini.

KYDMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Titah KDYMM SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR



SULTAN JOHOR: PEMIMPIN POLITIK BOLEH MEMBAWA ISU MASYARAKAT TETAPI TIDAK BOLEH CAMPURI URUSAN PEGAWAI DAERAH

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah kedudukan Pegawai Daerah adalah lebih tinggi daripada Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen.

Baginda Tuanku Sultan bertitah, sejak dahulu lagi, Pegawai Daerah dianggap sebagai wakil kepada Raja kerana mereka adalah ketua utama bagi pentadbiran kerajaan di peringkat daerah.

“Sebab itu, Pegawai Daerah yang hendak dilantik akan dipilih oleh saya sendiri.



“Pemimpin politik hanya boleh membawa isu masyarakat tetapi mereka tidak boleh mencampuri urusan Pegawai Daerah,” titah Baginda Tuanku Sultan.

DYMM Sultan Johor bertitah demikian pada Majlis Pelancaran Akademi JCS dan Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Kerjasama di PERSADA, Johor Bahru pada hari ini (23 Mac) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda.

Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

DYMM Sultan Johor bertitah, akhir-akhir ini Baginda terdengar ada rungutan mengenai pelantikan Ketua Kampung yang dipengaruhi oleh parti politik.

“Saya sudah tegaskan dahulu, bahawa urusan pemilihan ketua kampung adalah dibawah tanggungjawab Pegawai Daerah dan Penghulu, bukan orang politik. Saya harap perkara ini dapat dibetulkan,” titah Baginda.

Sultan Johor Bertitah Isu Penggunaan Kalimah Allah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker