Wanita Vietnam didakwa bunuh kekasih

Wanita Vietnam didakwa bunuh kekasih
La Anh Thu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki tempatan yang juga kekasihnya di sebuah apartment di Taman Bukit Delima, di sini, minggu lalu. – NSTP/Ahmad Hasbi

Wanita Vietnam didakwa bunuh kekasih

SEREMBAN: Wanita warga Vietnam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki tempatan yang juga kekasihnya di sebuah apartmen di Taman Bukit Delima, di sini, minggu lalu.

Tertuduh, La Anh Thu, 33, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menyebabkan kematian ke atas, Lim Swee Shyong, 50.

Kesalahan dilakukan di Blok A Casa Prima, Jalan Bukit Delima 2, Taman Bukit Delima lebih kurang pukul 9 hingga 9.45 malam pada 21 November lalu.

Justeru, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan hendaklah dihukum mati.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur’Aqilah Syarfa Nik Zaidi, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Muhammad Syafiq Steward Abdullah, Mohd Khairullizan Kamisan dan Datuk Haniff Hasan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Pihak pendakwaan memohon satu tarikh untuk mendapatkan laporan forensik, kimia dan perubatan.

Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula 26 Januari 2022 untuk serahan dokumen.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju kameja berwarna kuning kelihatan tenang ketika tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi.

Media pada 22 November lalu melaporkan seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan luka pada rusuk kanan di sebuah unit apartmen di Taman Bukit Delima, di sini, dipercayai akibat pergaduhan dengan seorang wanita.

Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah berkenaan serta terdapat kesan darah di beberapa lokasi di dalam kediaman itu, kira-kira 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan adalah isteri kepada mangsa, namun kesahihannya masih belum dipastikan.

Motosikal bergesel 3 remaja maut, 1 parah

Wanita Vietnam didakwa bunuh kekasih


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi akan bongkar isu RM600 billion?

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker