Beranikah 10 MP BN Menentang Usul Undi Percaya Kerajaan Perpaduan

Beranikah 10 MP BN Menentang Usul Undi Percaya Kerajaan Perpaduan

Beranikah 10 MP BN Menentang Usul Undi Percaya Kerajaan Perpaduan

Dalam sidang media yang pertama Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, beliau dengan tegas menyatakan akan membuat usul undi percaya di dalam parlimen.

Tahniah penulis ucapkan kepada Anwar.



Kerana walau pun sebenarnya tiada keperluan untuk melakukannya, tetapi beliau sanggup mengambil risiko.

Penulis faham, kenyataan Anwar itu adalah sebagai respon kepada cabaran dari pengerusi PN, Muhyiddin Yasin.

Muhyiddin mencabar Anwar supaya membuktikan bahawa beliau mempunyai majoriti yang cukup.

Baca di sini:



https://my-tv.online/2022/11/25/muhyiddin-cabar-anwar-buktikan-ada-majoriti-sokongan-ahli-parlimen/

Bagi penulis, kesanggupan Anwar adalah isyarat yang cukup jelas bahawa beliau yakin mempunyai sokongan ahli parlimen yang cukup.

Anwar berjanji akan mengemukakan usul undi percaya pada hari pertama parlimen bersidang, 19 Disember 2022.

Ini bermaksud jeda waktu hari undi percaya dari sekarang adalah sekitar 20 hari.



Khabarnya usaha sedang giat dijalankan oleh ‘bapa scheme of things negara’.

‘Duit kopi bawah meja, atas meja, tepi meja’ semua ada untuk ‘membeli’ undi dari ahli parlimen untuk menentang usul tersebut.

Yang menjadi sasaran utama adalah 10 orang ahli parlimen BN yang pernah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Muhyiddin Yasin.

Maklumat juga diperolehi, 10 ahli parlimen tersebut membatalkan SD sokongan kepada Muhyiddin.



Ianya adalah kerana takut diambil tindakan di bawah Akta Anti Lompat Parti.

Namun dikatakan, sekiranya dipanggil menghadap YDP Agong, mereka akan menyatakan sokongan kepada Muhyiddin Yasin.

Ini bukan rekaan penulis tetapi dinyatakan sendiri oleh Marzuki Mohamad, pegawai khas Muhyiddin Yasin.

Baca di sini:



https://www.facebook.com/marzuki.mohamad.549/posts/pfbid02VNR6He2W47kQrkJw4ahaHD8WhtwwKWvx6FpEUjrQCM2ZMHv8tFYVxiP4xoB4AP6Pl

Marzuki juga mendakwa, tindakan 10 ahli parlimen BN menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri tidak bertentangan dengan Akta Anti Lompat Parti.

Dan ianya tidak boleh dikenakan tindakan di bawah akta tersebut.

Penulis tidak pasti sama ada Marzuki mempunyai latarbelakang undang-undang atau pun tidak.



Tetapi bila kita membahaskan mengenai undang-undang, eloklah dirujuk kepada seseorang yang mempunyai latarbelakang undang-undang.

Rujuk Kepada Ahli Bukannya Melalui FB

Bakal ahli parlimen Pengerang, Azalina Othman Said, bekas pengamal undang-undang dengan jelas menerangkan isu tersebut.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/11/23/pencerahan-yb-azalina-mengenai-krisis-politik-pasca-pru-15/

Menurut Azalina, surat akujanji ahli parlimen sebelum PRU 15 adalah terpakai.

Mana-mana ahli parlimen yang enggan mematuhi keputusan parti telah bersetuju untuk mengosongkan kerusi mereka.

Dan mana-mana ahli parlimen yang enggan akur dengan keputusan parti juga akan digugurkan keahlian mereka.

Dan ini akan mengakibatkan kerusi parlimen yang mereka menangi itu akan kosong secara automatik.

Jadi terpulang kepada 10 orang ahli parlimen BN tersebut, tetapi nasihat penulis adalah jangan bermain dengan api.

Kalau tidak terbakar, bahang panasnya tetap akan memudaratkan!!!

 

Beranikah 10 MP BN Menentang Usul Undi Percaya Kerajaan Perpaduan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button