PAS Cabar Kedaulatan Undang Undang Negara?

PAS Cabar Kedaulatan Undang Undang Negara?

PAS Cabar Kedaulatan Undang Undang Negara?

Dalam PRU 15 yang baru berlalu bulan lepas, PAS berjaya memenangi 49 kerusi parlimen.

Untuk rekod, ini adalah kejayaan terbesar PAS dalam pilihanraya umum.



Kerana sebelum ini PAS tidak pernah memenangi lebih dari 20 kerusi parlimen dalam mana-mana pilihanraya umum.

Walau apa juga sebab yang menyumbang kepada kemenangan PAS, namun sehingga ke saat ini, ianya adalah realiti.

Namun begitu, kejayaan PAS itu tidak sepenuhnya dapat diraikan oleh pemimpin PAS apabila mereka gagal memegang apa-apa kuasa, sama ada di pusat atau di negeri.

Di negeri Perak dan Pahang, walau pun PAS mempunyai peluang yang cerah untuk berkuasa, tetapi ianya tidak menjadi kenyataan.



Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/11/25/kenapa-allah-swt-kurniakan-pas-kemenangan-tanpa-kuasa/

Mengapa?

Jawapannya ada pada sikap pemimpin PAS sendiri.



PAS Kini Ibarat Kaduk Naik Junjung

Dan kini, ibarat kaduk yang naik junjung, apabila pihak polis memaklumkan akan memanggil presiden PAS, Hadi Awang untuk disoal siasat, PAS melenting.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri, memberi amaran supaya jangan ada pihak yang berani mengganggu Hadi Awang.

Baca di sini:

https://www.malakattribunenews.com/2022/11/jangan-ganggu-presiden-pas-atau-berlaku-himpunan-besar-besaran-mohamed-sukri-beri-amaran/



Apakah PAS telah meletakkan taraf Hadi Awang sama seperti taraf seorang rasul yang maksum dan tidak akan melakukan apa-apa kesalahan?

Atau PAS sudah menjadi besar kepala dengan memenangi hanya 49 kerusi parlimen di PRU 15?

PKR membuat laporan polis ke atas Hadi Awang atas tuduhan beliau bahawa perdana menteri, Anwar Ibrahim adalah ejen Israel.

Baca di sini:



https://www.malaysianow.com/my/news/2022/11/29/hadi-disiasat-berhubung-dakwaan-menghina-pm-tindakan-pertama-terhadap-pembangkang-pasca-pru15

Ini adalah tuduhan yang sangat serius.

Tuduhan liar sebegini boleh menimbulkan ketegangan hubungan antara Malaysia dengan negara-negara Arab.

Maka sewajarnya pihak polis memanggil Hadi untuk disoal siasat.



Dalam satu kenyataan yang berbeza, Hadi juga menuduh DAP menggalakkan Islamofobia, iaitu sikap yang membenci Islam.

Penulis tidak faham bagaimana Muhyiddin dan Ismail Sabri sewaktu menjadi perdana menteri boleh melantik manusia seperti Hadi Awang sebagai duta khas Malaysia ke Timur Tengah.

Sebenarnya inilah jawapan yang tepat, mengapa Allah SWT memberikan PAS kemenangan tanpa kuasa.

 

PAS Cabar Kedaulatan Undang Undang Negara?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button