Telatah Permaisuri Agong Buat Netizen Terhibur [VIDEO]
Mak Buli Anak
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Baginda merupakan Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor.
Tular di laman sosial TikTok satu video pemaisuri yang menyakat dua anakanda baginda di sebuah majlis. Video tersebut telah menjadi perhatian orang ramai.
Panggil Anak Naik Pentas
@bellapetocks_ PART 1 : Telatah Raha Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakanda beliau Nak tahu apa yang terjadi? ❤️ #Pemaisuri Agong #pahangroyalfamily
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @bellapetocks_ , terlihat Baginda Permaisuri berada di atas pentas sedang memanggil kedua anakanda baginda untuk naik ke pentas. Namun dua putera itu saling tunjuk menunjuk antara satu sama lain untuk dipilih dan pada akhirnya, kedua-dua naik ke pentas.
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai yang memuji permaisuri sporting dengan anakanda baginda. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan pemaisuri ini seorang yang berkeperibadian rendah diri dan berjiwa rakyat.
Sporting sungguh Tengku Permaisuri bersama anakanda baginda🥰
PROUD OF THEM, SANGATT HUMBLE BRJIWA RAKYAT, SEMOGA ALLAH SWT SENTIASA MERAHMATI MEREKA…AAMIIN YRA
Mak buli anak😅😅😅
Telatah Permaisuri Agong Buat Netizen Terhibur