Bapa parah, anak hilang diserang buaya

Bapa parah, anak hilang diserang buaya
Anggota bomba ketika operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak yang disambar buaya di Lahad Datu hari ini. – Foto ihsan bomba

Bapa parah, anak hilang diserang buaya

LAHAD DATU: Seorang lelaki parah ketika cuba menyelamatkan anaknya yang disambar buaya, namun kanak-kanak berkenaan hilang dilarikan reptilia terbabit.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi berhampiran Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM), di sini dengan lelaki berusia lingkungan 40-an itu kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Difahamkan, bapa kanak-kanak terbabit parah dengan kecederaan di beberapa bahagian badan dan kepala akibat gigitan buaya berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.25 pagi sebelum sepasukan enam anggota dan pegawai dikerah ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

Berdasarkan maklumat, katanya lelaki terbabit bersama anaknya dipercayai diserang buaya ketika mendayung sampan.

“Lelaki dewasa berkenaan bagaimanapun diselamatkan orang awam, namun mengalami kecederaan parah akibat serangan buaya,” katanya ketika dihubungi.

Sumsoa berkata, pihaknya masih meneruskan operasi mencari kanak-kanak terbabit yang masih hilang dengan dibantu anggota polis termasuk PPM.

Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember

Bapa parah, anak hilang diserang buaya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker