Kadar gaji global menurun, dibimbangi tingkat ketidakstabilan sosial

Kadar gaji global menurun, dibimbangi tingkat ketidakstabilan sosial
PETUGAS perkhidmatan kesihatan United Kingdom melancarkan protes menuntut kenaikan gaji di London. – AGENSI

Kadar gaji global menurun, dibimbangi tingkat ketidakstabilan sosial

GENEVA: Kadar bayaran gaji global dilaporkan menurun buat pertama kali pada tahun ini sejak berlakunya krisis kewangan dunia akibat peningkatan kos hidup.

Menurut agensi buruh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), situasi itu dikhuatiri bakal meningkatkan ketidakstabilan dan ketidakseimbangan sosial.

Kadar bayaran gaji bulanan menurun sebanyak 0.9 peratus pada separuh pertama 2022, menyaksikan pertumbuhan gaji negatif pertama sejak 2008, jelas Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menerusi laporan gaji global yang dikeluarkan kelmarin.



Golongan berpendapatan rendah merupakan kumpulan paling teruk terjejas, terutamanya selepas menerima gaji tidak menentu semasa pandemik Covid-19.

Di sebalik usaha banyak negara untuk mengurangkan inflasi, kadar bayaran gaji minimum dari 2020 hingga 2022 mencatatkan penurunan di Bulgaria, Sepanyol, Sri Lanka, Korea Selatan, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Penurunan gaji berlaku biarpun produktiviti meningkat, dengan 2022 menunjukkan jurang terbesar antara pertumbuhan produktiviti buruh dalam tempoh sebenar dan pertumbuhan gaji di negara berpendapatan tinggi sejak 1999.

“Situasi itu akan menyebabkan kemungkinan berlakunya kemerosotan ekonomi yang lebih teruk dan risiko itu sudah pun menjadi semakin buruk ketika banyak bank pusat bertungkus-lumus menurunkan inflasi.



“Akibatnya, pemulihan ekonomi dan sektor pekerjaan menjadi semakin sukar, selain mencetuskan ketidakadilan dalam krisis sosial,” katanya.

INFLASI GLOBAL

Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) , inflasi global diramal mencecah 8.8 peratus menjelang hujung tahun ini, sebelum menurun sehingga 6.5 peratus pada 2023 dan 4.1 peratus pada 2024.

Berdasarkan negara, Eropah Timur dan Amerika Utara menunjukkan penurunan kuasa beli paling mendadak dengan gaji menurun sehingga 3.3 peratus pada separuh pertama 2022.

Negara anggota Kesatuan Eropah juga merekodkan kemerosotan gaji iaitu sebanyak 2.4 peratus, Amerika Latin dan Caribbean (1.7 peratus).



POLISI BAIK PULIH

Sementara itu, ILO turut mencadangkan beberapa polisi yang boleh menangani penurunan kadar gaji, termasuk kenaikan gaji yang sepadan dengan peningkatan produktiviti, pelarasan gaji minimum yang lebih murah dan kerjasama antarabangsa yang meluas.

Aspek itu termasuk isu berkaitan perubahan iklim, penjagaan kesihatan kritikal dan menangani diskriminasi terhadap wanita serta kanak-kanak perempuan.

Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember



Kadar gaji global menurun, dibimbangi tingkat ketidakstabilan sosial



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button