LRA Sungai Semenyih henti tugas sementara

SHAH ALAM: Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang dihenti tugas sementara berikutan insiden pencemaran bau semalam sudah kembali beroperasi sepenuhnya bermula jam 3.15 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan bahawa susulan insiden berkenaan terdapat gangguan minimum di lima kawasan di wilayah Petaling disebabkan tempoh henti tugas yang pendek.

“Bagaimanapun, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 3 petang ini.

“Pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di https://hentitugas.airselangor.com/serta menerusi aplikasi Air Selangor.



“Kerjasama pelanggan sepanjang tempoh gangguan ini amatlah dihargai,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker