Maghribi cetus sensasi juarai Kumpulan F

DOHA: Maghribi mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia buat kali pertama sejak 1986 apabila menewaskan Kanada 2-1 selepas memanfaatkan kesilapan lawan yang sudah tersingkir daripada saingan itu.

Maghribi yang perlu menang ataupun seri bagi meneruskan kemaraan mengambil kesempatan di atas kesilapan penjaga gol, Milan Borjan yang tidak mengeluarkan bola dengan baik sebelum dihukum Hakim Ziyech seawal minit keempat.

Youssef En-Nesyri menggandakan kelebihan buat Maghribi apabila menyudahkan hantaran jauh Achraf Hakimi pada minit ke-24 sebelum jaringannya di penghujung babak pertama dibatalkan kerana ofsaid.



Ketika Croatia terikat dengan Belgium, Maghribi menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku juara Kumpulan F.

Mereka bakal berdepan naib juara Kumpulan E yang menampilkan Jepun, Sepanyol, Jerman dan Costa Rica.

Pertahanan Maghribi, Nayef Aguerd menjaringkan gol sendiri buat Kanada – gol sendiri pertama pada Piala Dunia kali ini selepas menampan hantaran lintang Sam Adekugbe pada minit ke-40.

Kanada yang menamatkan saingan kali ini tanpa sebarang kemenangan layak secara automatik bagi edisi 2026 sebagai tuan rumah bersama Amerika Syarikat (AS) dan Mexico.



REUTERS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button