Memang terkejut, rasa tak percaya ibu kemalangan



Memang terkejut, rasa tak percaya ibu kemalangan

Memang terkejut, rasa tak percaya ibu kemalangan
Seorang peniaga maut selepas pikap dipandunya hilang kawalan sebelum terjatuh ke sungai di Jambatan Bukit Perpat, Wakaf Tapai, Marang hari ini. – Foto NSTP/Ghazali Kori

MARANG: Seorang peniaga maut selepas pikap dipandunya hilang kawalan sebelum terjatuh ke sungai di Jambatan Bukit Perpat, Wakaf Tapai di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi, mangsa Zaiton Omar, 64, yang tinggal di Kampung Lubuk Pandan, Wakaf Tapai di sini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan untuk ke kedainya di Kampung Gong Beris di sini selepas mengambil bekalan pisang di rumah anak angkatnya di Kampung Bukit Perpat.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Toyota Hilux dipandu mangsa dipercayai terbabas lalu terjatuh ke sungai.

Katanya, dia bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, ibu angkatnya sudah dibawa keluar daripada kenderaannya.

Memang terkejut, rasa tak percaya ibu kemalangan
Penduduk kampung mengalihkan sebuah pikap yang hilang kawalan sebelum terjatuh ke sungai di Jambatan Bukit Perpat, Wakaf Tapai. – Foto NSTP/Ghazali Kori

“Memang terkejut dan rasa tak percaya sebab sebelum itu arwah ke rumah saya untuk mengambil bekalan pisang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

“Arwah beredar dari rumah saya kira-kira jam 10.40 pagi dan tak lama selepas itu dapat panggilan telefon memaklumkan kejadian ini.

“Sebelum dapat panggilan telefon ini, ada penduduk kampung berkongsi gambar kejadian di ‘Group WhatsApp tetapi ketika itu, saya tak tahu itu ibu angkat saya kerana tidak nampak nombor pendaftaran,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendam Mohd Zain Mat Dris, berkata mangsa yang tidak sedarkan diri dikeluarkan daripada kenderaan oleh penduduk kampung.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Wanita terselamat selepas kereta terbabas, terbakar

Memang terkejut, rasa tak percaya ibu kemalangan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker