Calon BN Dun Layang-Layang: Peluang sambung rancangan tertangguh

Simpang Renggam: “Peluang sambung semua perancangan yang tertangguh”, kata calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, Abdul Mutalib Abd Rahim.

Menurut beliau yang pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan pada tahun 2014 hingga 2018 menyifatkan pencalonannya sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan telah membuka peluang untuknya menyambung semula perancangan pembangunan yang tertangguh sebelum ini.

Katanya, semua pembangunan yang dirancang oleh wakil rakyat terdahulu iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi turut akan diberikan perhatian dan diteruskan pembinaannya.



“Hakikatnya banyak perancangan pembangunan yang saya rancang untuk dilakukan ketika menjadi wakil rakyat sebelum ini namun ia belum sempat ditunaikan kerana tidak bertanding semula pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Dan apabila dicalonkan semula, sudah pasti ianya dijadikan sebagai peluang untuk saya merancang lebih banyak lagi pembangunan untuk masyarakat di Layang-Layang ini,” katanya.

Abdul Mutalib berkata demikian ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon bagi DUN Layang-Layang di Dewan Muafakat Simpang Renggam, hari ini.



Abdul Mutalib Abd Rahim (kiri) bersama Ketua Umno Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah.

Abdul Mutalib turut yakin masyarakat di Layang-Layang akan memberikan sokongan kepadanya seperti yang pernah dilakukan ketika PRU 13 lalu.

“Sebagai wakil rakyat, sekiranya terpilih nanti saya akan berusaha melakukan yang terbaik kepada masyarakat setempat dan sudah semestinya memberikan impak terbaik untuk mereka,” katanya. – my-TV online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button