Nabila Razali bimbang penilaian netizen

Gementar setiap kali nyanyi ‘live’, ... Kini pilih lagu ikut kemampuan



Nabila Razali bimbang penilaian netizen

Nabila Razali masih gementar menyanyi 'live'.
Nabila Razali bimbang penilaian netizen
SEJAK insiden ‘terkucil’ di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 tahun lalu, penyanyi Nabila Razali mengakui masih lagi gementar setiap kali melakukan persembahan nyanyian.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 30, berkata perasaan gementar itu datang terutamanya ketika dia membuat persembahan secara langsung.

“Saya memang orang yang kuat gementar. Selepas insiden yang berlaku di sebuah anugerah tahun lalu, membuatkan saya lagi berhati-hati dan lebih gementar.

Nabila masih gementar apabila memikirkan penilaian netizen.
Nabila akui memilih lagu mengikut kemampuan vokalnya.

Nabila berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran single terbaharunya berjudul Aku Terluka yang diadakan di pejabat Universal Music Malaysia, Selangor, baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Peluang Kedua ini memberitahu dia masih lagi trauma mengenang kejadian hitam itu.

Bagi memastikan insiden sama tidak berulang, Nabila memberitahu dia meneruskan sesi kelas vokal bersama Shaffiq Erwin untuk memperbaiki mutu nyanyian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Sebagai seorang penyanyi, kami mempunyai jangkaan apa yang ingin diberikan kepada penonton. Jadi, saya memang risau sekiranya nyanyian itu tidak sampai.

Sudah tentu saya tidak boleh menipu, setiap penilaian netizen selalu bermain di fikiran saya.

NABILA RAZALI

PENYANYI

“Namun, saya hanya boleh berusaha dan saya cuba cari masa untuk menghadiri kelas vokal. Alhamdulilah, gementar saya tidak seteruk dulu,” ujarnya.

Sementara itu, Nabila memberitahu dia kini lebih teliti dalam memilih lagu yang sesuai dengan kemampuan vokalnya.

“Sudah tentu sebelum memilih lagu, kita kena mengikut dengan kemampuan vokal. Saya tidak ambil lagu baharu dan terus menyanyi.

“Saya akan pastikan lagu yang dipilih itu sesuai dan mengikut apa yang mampu saya beri,” katanya.

Nabila Razali bimbang penilaian netizen
Nabila akui memilih lagu mengikut kemampuan vokalnya.

Dalam perkembangan lain, Nabila baharu sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Aku Terluka hasil ciptaan Amylea Azizan dan MFMF.

Video muzik (MV) Aku Terluka yang dilancarkan di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment pada Rabu lalu kini sudah pun menerima sebanyak 170 ribu tontonan.

Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember

Nabila Razali bimbang penilaian netizen

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker