Najib Dan Hishamuddin: Sepupu Yang Berseteru

Najib Dan Hishamuddin: Sepupu Yang Berseteru

Najib Dan Hishamuddin: Sepupu Yang Berseteru

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa ada pertembungan politik dalam UMNO.
Kenapa wujud kumpulan ‘broker’ dan kumpulan mempertahankan dasar parti.
Ini jawapannya.
Perseteruan politik ini sudah ditulis sejak tahun 1951 lagi.
Sewaktu Persidangan Agung UMNO (PAU) tahun 1951 lagi.
Ketika itu, Dato Onn Jaafar mengusulkan supaya UMNO menerima orang bukan Melayu ke dalam parti.
Usul ini ditentang hebat oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak.
Mereka mengumpul suara seluruh ahli-ahli UMNO supaya menolak idea Datuk Onn Jaafar.
Keputusan usul Dato Onn Jaafar ditolak oleh majoriti perwakilan UMNO.
Dato Onn Jaafar membuat keputusan untuk meninggalkan parti UMNO yang beliau asaskan sendiri.
Selepas itu, beliau menubuhkan parti baru iaitu Parti Kemerdekaan Malaya.
Namun, parti tersebut kurang mendapat tempat dalam hati rakyat Tanah Melayu ketika itu.
Tun Razak pula memujuk Tunku Abdul Rahman untuk bertanding sebagai Presiden UMNO seterusnya untuk menggantikan Dato Onn.
Perseteruan politik terus diwarisi turun temurun sehingga ke hari ini.
Idea, karakter, perseteruan dan watak pemimpin-pemimpin terdahulu diwarisi kepada pemimpin-pemimpin sekarang.

Perseteruan Yang Di Warisi

Hari ini, muncul sekali lagi perseteruan dan pertembungan politik dalam UMNO antara Razak Boys dan Onn Boys.
Muncul kumpulan pemimpin dan ahli UMNO yang mempertahankan survival parti dan muncul juga kumpulan pemimpin dan ahli UMNO yang digelar sebagai ‘geng broker’.
Lebih kurang pendekatannya dengan Dato Onn Jaafar yang keluar parti UMNO selepas kalah usul dalam PAU 1951.
Nampak kan?
Susur galur yang sama.
Nampak tak persamaanya antara perseteruan politik dalam UMNO yang pertama pada 1951 dan yang terbaru pada hari ini.
UMNO bukan berpecah pada hari ini sahaja.
Namun, UMNO sudah berpecah sejak lama lagi.
Pertelingkahan dan pertembungan politik dalam parti ini sudah menjadi kebiasaan.
Namun, masih adakah sinar untuk UMNO kembali menjadi sebuah parti politik yang relevan?
Tidak ada yang mustahil di dalam dunia, apa lagi dalam dunia politik.
Namun realiti yang terbentang pada hari ini ialah perjuangan politik Razak Boys adalah mengutamakan rakyat dan negara.
Tetapi perjuangan politik Onn Boys hanyalah berkiblatkan kedudukan dan harta.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker