Pajeri Terung Sedap Kuah Pekat Berempah

Pajeri Terung Sedap Kuah Pekat Berempah
Pajeri Terung Sedap Kuah Pekat Berempah

 

Pajeri Terung, resepi yang mudah tapi cukup menambahkan selera. Rahsia kesedapan pajeri terung ini adalah pada beberapa bahan yang digunakan dan cara memasak yang teliti. Kuahnya perlulah pekat berempah, dan tidak terlalu berlemak serta manis secukup rasa. Bahan yang wajib ada mestilah kerisik dan udang kering ataupun ikan bilis, kerana dua bahan inilah yang membezakan pajeri dari masakan kari yang biasa.

 

Bahan-bahan:

 



  • Bahan-bahan untuk pajeri terung:
    • 2-3 biji bawang merah kecil
    • 3-4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 genggam ikan bilis
    • Sedikit air
    • 3 sudu besar rempah daging
    • 3-4 biji terung panjang
    • 1/2 cawan minyak masak
    • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 4 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum cengkih)
    • 1 tangkai daun kari
    • 2 cawan santan cair
    • gula secukup rasa
    • 2-3 sudu besar kerisik
    • 1/2 cawan santan pekat
    • Garam secukup rasa
    • Nota : Kalau guna santan kotak, cuma guna ½ kotak sahaja dan campur air

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk pajeri terung:
    1. Kisar halus bawang merah kecil, bawang putih, halia dan ikan bilis kering atau udang kering bersama air.
    2. Bancuh rempah daging dan rempah kari ikan dengan sedikit air.
    3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar halus, rempah empat sekawan, daun kari dan bancuhan rempah. Masak sehingga bahan pecah minyak.
    4. Tambah sedikit air setelah kuah kelihatan kering, pekat dan pecah minyak. Ulang minimum 3 kali memasak dengan menambah air pada bahan rempah sehingga ia betul-betul masak.
    5. Masukkan santan cair dan gaul.
    6. Masukkan terung dan masak sehingga terung menjadi lembut dan kuah menjadi pekat.
    7. Kemudian, masukkan gula secukup rasa, santan pekat yang diletak sedikit demi sedikit dan kerisik. Tambah garam secukup rasa.
    8. Teruskan memasak sehingga terung lembut dan kuah masak sempurna, lalu pajeri terung sedap kuah pekat berempah siap untuk dihidang.

 

Tip:

 



  • Rempah boleh digabungkan bersama rempah kari ikan dan kari daging, atau menggunakan rempah kari daging sahaja.
  • Jika menggunakan santan perahan sendiri, perahan yang kedua adalah santan cair manakala perahan pertama adalah santan pekat.
  • Jika menggunakan santan kotak, boleh ditambah air dahulu atau tambah santan sedikit sampur dengan air.
  • Pastikan rasa dahulu masakan sebelum ditambah garam, kerana takut terlebih masin akibat ikan bilis yang sudah masin.

Pajeri Terung Sedap Kuah Pekat Berempah

Pajeri Terung Sedap Kuah Pekat Berempah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button