Penyampai radio terkejut rumah ditembak awal pagi tadi

Penyampai radio terkejut rumah ditembak awal pagi tadi

Penyampai radio terkejut rumah ditembak awal pagi tadi

GOMBAK: Seorang wanita yang juga penyampai radio terkejut apabila kediamannya di Seri Aman Heights dekat Desa Jaya, di sini, ditembak individu tidak dikenali awal pagi tadi.

Difahamkan kejadian mangsa selepas terdengar letupan dari luar rumah, sebelum pemeriksaan menemukan kesan lubang pada pintu, selain kesan tembakan pada dinding ruang tamu kediaman.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir, mengesahkan kejadian itu.

Katanya, Pusat Kawalan Daerah IPD Gombak menerima panggilan kecemasan MERS 999 daripada mangsa jam 1.50 pagi memaklumkan terdengar letupan di luar rumah dan terdapat kesan berlubang pada pintu kayu hadapan rumah.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dikejarkan ke lokasi bersama Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk menjalankan siasatan.

“Hasilnya, kita mengesan satu kesan lubang pada pintu kayu hadapan rumah dan kesan terkena peluru pada dinding ruang tamu rumah.

“Turut dijumpai satu serpihan besi iaitu serpihan anak peluru di bahagian ruang tamu rumah,” katanya.

Noor Ariffin berkata, sehingga kini siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Khalpna Rajandhiran di talian 03-61262222 atau 012-5018901.

Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember

Penyampai radio terkejut rumah ditembak awal pagi tadi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker