Presiden Afrika Selatan berdepan pemecatan isu skandal kecurian dan penjualan kerbau

Presiden Afrika Selatan berdepan pemecatan isu skandal kecurian dan penjualan kerbau

Presiden Afrika Selatan berdepan pemecatan isu skandal kecurian dan penjualan kerbau

CAPE TOWN: Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa berdepan kemungkinan ancaman pemecatan berhubung skandal ‘Farmgate’ dan penipuan tentang penjualan kerbau bernilai jutaan dolar Amerika Syarikat (AS).

Ramaphosa dituduh menutup kecurian bernilai lebih AS$4 juta dolar (RM17.6 juta) dari ladangnya pada tahun 2020, termasuk menculik dan merasuah pencuri wang tersebut supaya berdiam diri.

Laporan bocor daripada panel bebas mendapati Ramaphosa menyalahgunakan kedudukannya dan mungkin telah melanggar undang-undang anti-rasuah.



Penemuan panel itu telah diserahkan kepada Parlimen, yang akan memutuskan untuk melancarkan prosiding pemecatan minggu depan atau tidak.

Skandal tersebut meletus Jun lalu apabila bekas ketua pengintip Afrika Selatan, Arthur Fraser memfailkan aduan kepada polis menuduh Presiden itu menyembunyikan kecurian sejumlah wang dari ladang Phala Phala miliknya di timur laut negara itu pada tahun 2020.

Fraser, yang merupakan sekutu rapat bekas Presiden, Jacob Zuma, mendakwa wang itu mungkin hasil daripada pengubahan wang haram dan rasuah, dan menuduh Ramaphosa telah menculik serta merasuah pencuri wang itu bagi menutupnya daripada pengetahuan umum.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Memiliki sejumlah besar wang dalam dolar boleh melanggar undang-undang kawalan pertukaran asing.



Ramaphosa telah mengesahkan satu rompakan, tetapi berkata jumlah yang dicuri adalah kurang daripada yang didakwa, dan menafikan cubaan untuk menutupnya.

Menurut beliau, kira-kira AS$580,000 (RM2.5 juta) yang dibayar secara tunai kepadanya untuk pembelian kerbau dari ladangnya telah dicuri dari bawah sofa di rumah ladang itu.

Namun tiada maklumat mengenai lelaki yang kononnya membayar wang untuk pembelian kerbau itu malah individu berkenaan dilaporkan masih tidak menuntut haiwan itu daripada Ramaphosa walaupun telah membuat bayaran lebih dua tahun lalu.

Panel itu juga mempertikaikan mengapa wang itu telah disimpan di bawah sofa dan bukannya di dalam peti besi atau akaun bank.

“Kami berpendapat bahawa Presiden mempunyai kes untuk dijawab mengenai asal usul mata wang asing yang dicuri, serta transaksi asas untuknya.

“Presiden menyalahgunakan kedudukannya sebagai ketua negara untuk menyiasat perkara itu dan meminta bantuan Presiden Namibia untuk menangkap suspek,” jelas laporan itu.

Presiden Namibia, Hage Geingob sebelum ini menafikan sebarang penglibatan dalam insiden itu.-AGENSI

South Africa prepare hospitals for admissions

Presiden Afrika Selatan berdepan pemecatan isu skandal kecurian dan penjualan kerbau


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker