Resepi Sandwich Tuna Cheese Leleh

Resepi Sandwich Tuna Cheese Leleh
Resepi Sandwich Tuna Cheese Leleh

Untuk kali ni, Che Nom nak share resepi sandwich tuna dengan menggunakan inti sandwich tuna. Che Nom guna roti sandwich putih yang ada sedikit whole wheat, lapis dengan inti tuna. Che Nom lapis dengan cheese, dan bakar di atas kuali untuk dapatkan roti yang garing dan cheese yang melted. Kalau buat sarapan atau makan petang pun menarik sangat.

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk inti tuna:
    • 2 tin tuna (150g setiap satu)
    • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1/2 biji bawang merah besar
    • 1 biji cili merah
    • Sedikit daun parsli (pilihan)
    • 1 biji tomato
    • 2-3 sudu besar mayonis
    • 1-2 sudu besar jus lemon
    • 1 sudu besar extra virgin olive oil
    • 1 batang timun jepun
    • Sedikit garam
    • Daun salad
  • Bahan-bahan untuk lain-lain:
    • Anggaran 12-14 kepingan roti
    • Majerin atau mentega
    • Cheese mozarella (jika suka)

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk inti tuna:
    1. Potong dadu bawang merah besar.
    2. Cili merah buang tangkai dan biji kemudian potong dadu. Boleh guna cili padi untuk lebih pedas tapi sebab tak nak pedas jadi Che Nom guna cili merah je.
    3. Timun potong dadu jugak. Che Nom guna timun jepun sebab tak mudah berair, kalau guna timun biasa potong buang bahagian biji atau bahagian tengah untuk kurang berair.
    4. Untuk tomato potong membulat.
    5. Cincang daun parsli (pilihan).
    6. Perah ambil jus lemon untuk dimasukkan dalam tuna (boleh ganti dengan limau nipis kalau suka).
    7. Untuk tuna tapis keluar air dan ambik inti tuna saja. Pindah inti tuna ke dalam mangkuk.
    8. Hancurkan inti tuna kemudian masukkan serbuk lada hitam, bawang merah, cili merah, sedikit daun parsli, tomato, mayonis dan jus lemon. Boleh adjust mayonis dan jus lemon mengikut selera.
    9. Gaul sebati kesemua bahan.
    10. Masukkan sedikit minyak zaitun extra virgin (pilihan), timun, sedikit garam dan gaul sebati.
    11. Bila dah siap boleh simpan inti tuna dalam peti sejuk.
  2. Cara-cara untuk susun sandwich:
    1. Sapu nipis roti dengan majerin atau mentega.
    2. Susun inti atas roti, hirisan tomato, cheese mozzarella (jika suka) dan tutup dengan roti.
    3. Panaskan pan grill dan gris dengan sedikit mentega
    4. Grill sandwich atas pan. Tutup pan untuk bagi cheese cair
    5. Boleh terbalikkan bila bahagian bawah dah garing.
    6. Potong roti kepada dua bahagian dan sedia untuk dihidang.

 

Tip:

 

  • Untuk sandwich kurang berair Che Nom guna timun jepun, kalau guna timun biasa potong buang bahagian biji atau bahagian tengah untuk kurang berair
  • Untuk mengelak roti kering boleh simpan roti dalam bekas tertutup sementara prepare bahan lain.

Resepi Tuna Sandwich versi pedas

Resepi Sandwich Tuna Cheese Leleh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kabinet dijangka dibentuk bulan Disember

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker