Menghadapi cabaran Belanjawan 2021, ‘BOSSKU’ dilantik Boss BNBBC

Najib Razak dilaporkan dipilih sebagai pengerusi pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional

Laporan The Malaysian Insight memetik sumber sebagai berkata, bekas perdana menteri itu diberikan peranan utama bermula sidang Dewan Rakyat yang bermula esok, terutama dalam perbahasan Belanjawan 2021.

“Najib dilantik baru-baru ini menjelang sidang Parlimen supaya beliau boleh mengendalikan wakil rakyat BN di dewan,” kata sumber seperti dipetik, yang turut menyatakan Najib akan berperanan menyelesaikan sebarang pertikaian antara Umno dan Bersatu.

“Beliau berpengalaman, boleh pengaruhi ahli Parlimen terhadap belanjawan,” katanya lagi.



Belanjawan 2021 dijadualkan dibentangkan pada 6 November dengan pengundian pada 17 November.

Pembentangan belanjawan itu menjadi perhatian apabila sebelum ini dikatakan berisiko menjadi medan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin susulan kemelut politik yang berlaku.

Pada Jumaat lalu, Majlis Presiden PH menggesa Muhyiddin melakukan perbincangan segera dengan pihaknya berhubung belanjawan sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat.

Ia susulan nasihat Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah agar semua ahli Parlimen menyokongnya.



Umno pula dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) berkata akan membawa beberapa perkara – antaranya lanjutan moratorium pinjaman – kepada kerajaan dan memastikan belanjawan “yang bermanfaat untuk rakyat” akan diluluskan.

Untuk rekod, BN memiliki 43 ahli Parlimen – kebanyakannya daripada Umno – dengan 23 daripadanya tidak memegang jawatan dalam kerajaan.

KAF JAWAP ISU ‘SEDEKAH PAKSA’ YANG TULAR DI MEDIA SOSIAL

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker