‘Terima kasih semua’

Kuantan: “Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada warga Malaysia yang menyalurkan sumbangan kewangan kepada Haikal (Wan Muhammad Imamuddin Haikal Wan Abd Raha, 17) untuk membeli alat bantu dengarnya yang baharu.

“Tidak lupa juga kepada akhbar Harian Metro yang menyiarkan kisah Haikal semalam secara atas talian sehingga mampu mendapat sumbangan mencukupi,” kata Norzita Jusoh, 44.

Norzita berkata, selepas kisah anaknya, Wan Muhammad Imamuddin Haikal disiarkan tengah hari semalam, ramai yang membuat sumbangan sehingga dana terkumpul melebihi kos pembelian alat berkenaan.

“Saya akan gunakan wang untuk membeli alat bantu dengar itu secepat mungkin dan selebihnya untuk membeli keperluan Haikal termasuk lampin pakai buang dan kos rawatan susulan,” katanya ketika di hubungi Harian Metro di sini, hari ini.



Harian Metro, semalam menyiarkan kisah Wan Muhammad Imamuddin Haikal yang juga pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beserah memerlukan dana sebanyak RM6,600 untuk menampung kos pembelian alat bantuan pendengaran yang baharu bagi menggantikan yang sudah rosak sejak beberapa tahun lalu.

Wan Muhammad Imamuddin Haikal disahkan mengalami masalah pendengaran kritikal pada kedua-dua belah telinganya ketika berusia tiga bulan.

Haikal sepatutnya menggunakan alat bantu dengar yang baharu bermua Mei lalu tetapi terhalang kerana tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu.

Suami Norzita, Wan Abd Raha Wan Abd Rahman, 46, bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Gebeng dan pendapatannya hanya cukup untuk menampung keperluan keluarga dan tiga daripada empat anak yang sedang belajar.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker