Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.

 

Oleh Adam Malik

Kesibukan pilhanraya ke15 dan kisah dalam kempen serta telatah pemimpin bermacam macam parti telah membuat kisah rasuah terbesar negara kian terpendam.

Skandal rasuah bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Akhtar yang dikenali sebagai sekutu rapat Tun Mahathir dan Tun Daim sehingga dihadiahkan jawatan Council of Elders dan Pengerusi PNB terpadam begitu sahaja.

Walaupun kes dan siasatan sudah lama selesai , namun kes masih belum dibawa kemahkamah.

Siapa tangan ghaib yang menghalang nya tidak dapat disahkan secara rasmi namun, semua orang hampir tahu dan dapat meneka siapa gerangan orang nya.

Kini , selepas PRU15 dan kerajaan sudah bertukar dan dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim maka , ramai mahu kes ini segera di ambil Tindakan.

Dengan membawa Zeti ke muka pengadilan , maka banyak perkara terutama kerja2 konspirasi jahat terhadap Datuk Seri Najib Razak akan terlerai.

Diwaktu ini Zeti sekadar menjadi saksi kes terhadap n\Najib Razak pun sudah Nampak betapa ketakutan untuk menghadapi nya.

Pada hari pertama Zeti terpaksa memberi kenyataan sebagai saksi pun sudah memohon meminta diri di izinkan untuk mengambil cuti sakit yang Panjang (7 hari)

Itu baru jadi saksi dan belum lagi menjadi orang kena tuduh menerima rasuah dari Jho Low seperti pengakuan saksi kes Roger Ng , Timothy Leisner di Amerika.

Maka , di harapkan , selepas terbentuk kabinet baru , dan para pemimpin UMNO yang berada didalam nya akan segera memberi tekanan supaya kes Zeti dan Hakim Nazlan dibuka segera untuk tontonan rakyat apa sebenar yang terjadi.

Semoga rakyat boleh membuka mata dan hati , selama ini mereka telah terpedaya dengan sebuah wayang rekaan  musuh2 DSNR dan UMNO.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker