Zahid WAJIB Singkirkan Raja Broker UMNO Dengan Segera



Zahid WAJIB Singkirkan Raja Broker UMNO Dengan Segera

Zahid WAJIB Singkirkan Raja Broker UMNO Dengan Segera

Seorang pemimpin berpengaruh dari selatan tanah air sememangnya dikenali sebagai Raja Broker di dalam UMNO.

Sejak dari kekalahan pertama UMNO dalam PRU 14, memang beliau telah dikenal pasti sebagai seorang Raja Broker Katak UMNO.

Ini buka tuduhan dari penulis, tetapi perkara yang sama pernah didedahkan oleh mantan ahli parlimen Rantau, Khairy Jamaluddin (KJ).



Malah ketika 13 wakli rakyat dan 21 Ketua Bahagian UMNO Sabah keluar parti yang hampir membuat UMNO Sabah berkubur, dalangnya adalah pemimpin yang sama.

Kini, dalam PRU 15, pemimpin yang sama juga membuat onar yang sama.

Memang benar beliau tidak menghadirkan diri dalam sebarang perbincangan untuk mencuri katak politik BN.

Tetapi semua orang tahu, beliau mengerahkan ‘budak-budak’ beliau untuk menjalankan agenda yang telah beliau atur.



Beliau mengarahkan ‘budak-budak’ belaan beliau untuk mengeluarkan kenyataan yang mendesak supaya presiden UMNO, DS Zahid supaya berundur.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/11/22/onn-hafiz-desak-zahid-letak-jawatan-adakah-bn-johor-menang-besar/

Malah Timbalan Presiden MCA, Mah Hang Soon, sendiri telah mendedahkan mengenai ‘bisikan syaitan’ dari pemimpin berkenaan.



Baca di sini:

https://malaysiagazette.com/2022/11/30/pemimpin-kanan-bn-beritahu-kita-patut-bersama-pn-mca/?fbclid=IwAR0F1YON_Ok1Lm_GFKIgmz_NPj6zvb8zxYY6-VEymfTNZcJbG_Ds8Mx2xgw

‘Bisikan syaitan’ yang sama juga dibisikkan oleh pemimpin berkenaan untuk menipu pemimpin GPS supaya memberikan sokongan kepada PN.

Baca di sini:



https://www.nst.com.my/amp/news/politics/2022/11/854953/how-fabricated-numbers-almost-cost-gps-place-federal-govt?fbclid=IwAR1CO2V8QJuS3pgoodDo1KSOCQZ1_RW8ebUO-LwPPR24K4aE4Kpq-o0FpkY

Tidak ada apa yang perlu ditunggu lagi oleh presiden UMNO dan ahli MKT UMNO.

Sekali lagi penulis ingatkan, negara sekarang berada di ambang krisis ekonomi dunia dan krisis kekurangan bekalan makanan global.

Kita sudah tidak mampu untuk menghadapi krisis politik sekali lagi.

Mungkin Anwar sudah sah menjadi perdana menteri dan barisan kabinet beliau akan diumumkan sehari dua lagi.

Tetapi itu tidak akan menghalang Raja Broker UMNO dari meneruskan agenda beliau.

Jadi singkirkan beliau segera supaya BN dapat berganding bahu dengan kerajaan demi kelastrian kehidupan negara dan rakyat.

 

Zahid WAJIB Singkirkan Raja Broker UMNO Dengan Segera

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker