Cavani pecahkan skrin VAR selepas tersingkir

DOHA: Pemain Uruguay berasa marah dan kecewa sebaik wisel penamat ditiup pada perlawanan Piala Dunia menentang Ghana awal pagi tadi.

La Celeste menang 2-0, tetapi jaringan Korea Selatan pada masa kecederaan mengatasi Portugal bermakna mereka gagal layak ke pusingan 16 terbaik buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

Perbalahan berlaku antara pemain Uruguay dengan pengadil dari Jerman, Daniel Siebert selepas kontroversi di penghujung perlawanan apabila penyerang veteran Edinson Cavani dijatuhkan dalam kawasan penalti.

Semua pemain Uruguay meminta sepakan penalti, tetapi tidak diendahkan.



Malah, insiden itu langsung tidak dikaji semula, tidak seperti insiden pada separuh masa pertama yang menyaksikan bilik video bantuan pengadil (VAR) mencuri perhatian pengadil.

Pada hujung aksi itu, beberapa pemain Uruguay dilihat hilang sabar terhadap Siebert.

Keadaan tidak menjadi buruk kerana pengadil tidak melengahkan masa menuju ke bilik persalinan, tetapi kemarahan Uruguay terbukti apabila Cavani dilihat menumbuk skrin VAR ketika melaluinya.

Apa yang berlaku mungkin menyaksikan FIFA bertindak mengenakan hukuman terhadap pemain atau persatuan bola sepak negara Amerika Selatan itu sama ada denda atau penggantungan.



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker