Da’i Syed Dan Hana Ismail Sah Bergelar Suami Isteri

Lafaz Akad Dalam Bahasa Arab

Da’i Syed Dan Hana Ismail Sah Bergelar Suami Isteri

Da’i Syed Dan Hana Ismail Sah Bergelar Suami Isteri

Dengan sekali lafaz, pendakwah selebriti Da’i Syed Iqmal selamat bergelar suami kepada personaliti televisyen, Hana Ismail tepat jam 11.46 pagi dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Ibnu Mas’ Ud, Ampang, Selangor pada Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan dengan lafaz akad dalam bahasa Arab.

Syed menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang tangan emas manakala wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Tiada sebarang pertukaran dulang hantaran pada majlis pernikahan tersebut kerana pasangan mempelai terlebih dahulu telah bertukar dulang hantaran pada majlis pertunangan yang diadakan pada Oktober lalu.

Sementara itu, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal, 27, ketika ditemui meluahkan rasa bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

Syed juga menggangap perkahwinannya dengan Hana, 36, ini sebagai lembaran baharu dalam hidupnya.

“Saya bersyukur majlis pernikahan lancar dan berdoa agar fasa baharu dalam hidup kami ini akan sentiasa diberkati Allah SWT,” katanya.

Majlis pernikahan pasangan ini dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak-saudara, kenalan rapat serta pihak media.

Antara rakan selebriti yang hadir ialah Datin Seri Paduka Umie Aida, Sharifah Noorhasleenda dan Irma Hasmie.

Pasangan ini bakal diraikan dalam satu majlis resepsi di Shah Alam pada malam ini.

Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.

Da’i Syed Dan Hana Ismail Sah Bergelar Suami Isteri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker