Hanya Bertahan Dua Tahun, Noor Nabila Sahkan Emran Keluar Rumah Dan Beritahu Nak Cerai

Status rumahtangga kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan akan bercerai dalam masa terdekat.

Lapor Harian Metro, Nabila dan suaminya Engku Emran tidak lagi tinggal sebumbung sejak Emran keluar rumah pada Januari lalu.

Hanya Bertahan Dua Tahun, Noor Nabila Sahkan Emran Keluar Rumah Dan Beritahu Nak Cerai

Malah, Emran ada menyatakan keinginannya untuk berpisah. Kata Nabila, mereka berbincang secara baik dan tenang serta menerima keputusan dengan hati terbuka.Kami dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat. Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.

Menurut usahawan ini, dia juga insan biasa yang mengimpikan perkahwinan bahagia serta berpanjangan tetapi semuanya adalah aturan Allah SWT.

Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga.

Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu.

Tidak mahu berkongsi masalah rumah tangga kepada umum, Nabila memaklumkan masalah di antara mereka sebenarnya sudah lama berpanjangan.

Dia bagaimanapun menjadikan ianya sebagai satu pengajaran berguna di dalam hidupnya.

Kredit: Harian Metro

Hanya Bertahan Dua Tahun, Noor Nabila Sahkan Emran Keluar Rumah Dan Beritahu Nak Cerai

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker