Luahan Ahli UMNO Kepada Zahid Hamidi

 

Kontroversi yang melanda UMNO diikuti rapat para ahli serta penyokong parti Melayu terbesar ini.

Mereka masih berdiam diri bila parti sering diperlakukan seolah tiada maruah hingga terpaksa menumpang dalam kerajaan.

Memburukkan keadaan, kini ahli parlimen UMNO sudah berani menongkah arus dan bersedia dikenakan tindakan kerana menyokong Muhyiddin dan Perikatan Nasional selepas tempoh yang ditetapkan dalam PAU2020.

Melihat kepada situasi ini, maka ahli UMNO sudah tidak mampu berdiam diri dan hanya melihat parti mereka diinjak maruahnya.

Maka akhirnya terpaksa meluahkan simpulan buku dalam hati kepada Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.

Tengku Putra Harun Aminurrashid

PECAT AHLI UMNO YANG INGKAR KEPUTUSAN MKT.

1. Persidangan Agong UMNO yang lepas telah memutuskan untuk memberi mandat penuh kepada Presiden dan MKT menentukan waktu dan ketika untuk ahli-ahli Parlimen dan Menteri UMNO menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional.

2. Kenyataan beberapa Menteri UMNO sebelum ini yang menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan pada waktu yang diarahkan oleh parti dilihat sebagai petanda positif kesepakatan untuk akur kepada keputusan parti.

3. Pada Selasa 3hb Ogos lepas MKT telah membuat keputusan untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

4. Tidak perlu Presiden beri penerangan lagi kepada Ahli2 Parlimen UMNO kerana keputusan ini telah terang dan jelas di buat di Perhimpunan Agong UMNO 2020.

Apa yang perlu diulang-ulang lagi? Apakah mereka tidak hadir di perhimpunan tersebut?

Yang Bersetuju Melepaskan Jawatan Kabinet

5. Menteri yang setuju utk meletakkan jawatan atas arahan parti seperti yang dilaporkan di media adalah –

i) Dato Seri Ismail Sabri – https://www.utusan.com.my/premium/2021/03/menteri-pengerusi-glc-umno-sedia-letak-jawatan

ii) Dato Sri Hishammuddin Hussein – https://malaysiapost.com.my/2021/04/12/hishammuddin-sedia-letak-jawatan-menteri-kalau/

iii) YB KJ – https://www.kosmo.com.my/2021/01/05/kj-sedia-letak-jawatan/

iv) Datuk Shamsul Anuar – https://www.malaysianow.com/berita/2021/03/28/shamsul-anuar-sedia-lepaskan-jawatan-menteri-sekiranya-diarahkan-umno/

6. Jika mereka letak jawatan dan tarik sokongan dari PM hari ini pun kerajaan tidak akan tumbang.

Kabinet masih akan berfungsi sehingga bulan September ini dalam sidang mengundi di parlimen, melainkan ada titah susulan dari KBDYMM YDPA.

7. Namun demikian ia akan membuktikan bahawa mereka akur dan ta’at kepada keputusan parti sebagaimana yang mereka lafazkan semasa Perhimpunan Agong UMNO yang lepas.

8. Lembaga Disiplin dan MKT wajib ambil tindakan terhadap mereka untuk “restore order” atau memulihkan keta’at-setia’an didalam parti supaya di masa-masa akan datang.

Pemegang jawatan dalam kerajaan tidak akan ingkar dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi dan menjadikan ia polemik dimata rakyat lagi.

Dua Singa Tidak Boleh Bersama Di Atas Sebuah Bukit

9. Kita tidak boleh ada lebih dari seorang nakhoda dalam parti.

Nakhoda kita adalah Presiden yang mana keputusannya dibuat bersama dengan Majlis Kerja Tertinggi dengan restu dari perwakilan di Perhimpunan Agong UMNO.

10. Jika disiplin dan keputusan Majlis Kerja Tertinggi tidak di endahkan maka tak berguna lagi adanya Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat UMNO.

11. Jika kita hendak perbetulkan parti kita semula maka tindakan yang keras wajib diambil keatas mereka untuk di jadikan sebagai contoh kepada semua tanpa memilih bulu.

12. Mereka boleh terus memegang jawatan menteri dan sebagainya jika PM berkenan, tetapi tentunya sebagai menteri tanpa parti.

13. Langkah seterusnya selepas ini haruslah ditumpukan untuk UMNO menangani masalah dengan komponen parti dalam BN.

Kita tidak boleh lagi bersekongkol dengan mereka yang kita bantu memenangi kerusi majoriti Melayu, dengan menggunakan jentera UMNO, tetapi sebaliknya mengkhianati kita demi untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam kabinet.

The Patriot
Ahli UMNO 01059553

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker