Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.

Oleh Adam Malik

Selesai sudah perlantikan anggota kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Walaupun ada beberapa gangguan saat akhir untuk melayan kehendak beberapa pihak , namun ia tetap dapat diselesaikan dengan kompromi.

Apa yang menarik untuk diperhatikan adalah beberapa kementerian yan dijangka dimiliki oleh Barisan Nasional telah dapat kepada pihak lain.

Selain itu watak2 tertentu tiba2 muncul sebagai Menteri dari UMNO.

Ramai juga ahli UMNO dilihat di merata Media Sosial persoalkan perlantikan individu tertentu yang dilihat condong kepada parti Bersatu seperti Tengku Zafrul.

Namun, atas sebab mereka tidak tahu kisah dibelakang tabir dan permntaan pihak tertentu , maka se elok tidak di bincangkan.

Apa yang dapat dilihat ada lah kemelesatan jangkaan Kementerian Keewangan dapat kepada BN selain nya sudah pun diandaikan .

Apa yang harus ditekan kan disini adalah Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi telah dapat meletak kan barisan kepimpinan Menteri dari UMNO yang mampu menjadi benteng pertahanan untuk mempengaruhi ahli dengan kedudukan mereka supaya Parti UMNO tidak jatuh ketangan Kluster Broker pada pemilihan UMNO pada pertengahan tahun ini yang ingin membawa UMNO akur kepada “tuan” mereka di Perikatan Nasional.

Para Kluster Broker yang memilik dana yang banyak sedang giat mempengaruhi Ketua bahagian dan cawangan seluruh negara untuk menolak Kluster Setia yang terdiri dari Presiden Timbalan Presiden Datuk Seri Muhamad Hassan @ Tok Mat, Ahmad Maslan dan lain2 Kluster Menteri.

Kluster Broker atau Kluster Pengkhianat yang terdiri dari beberapa individu yang mendapat jawatan dari Kerajaaan Perikatan Nasional sedang mengatur langkah untuknanti  menakluk kedudukan “Top 5” UMNO untuk dibawa kepada Muhyiddin Yassin.

Rancangan mereka untuk memenangi kelima lima jawatan T5 supaya boleh merubah pendirian parti dari menyokong PH kepada menyokong PN pula.

Dari sumber yang kami perolehi , pihak Kluster Setia juga sedang mengatur langkah untuk melumpuhkan gerakan ini dengan beberapa kes dan kesalahan mereka2 ini di siapkan segera menjelang bulan Mac atau Mei 2023 sebelum pemilihan UMNO.

Maka, ringkasan nya , lantikan Menteri ke atas Kluster Setia boleh memberi sedikit kekuatan dan pengaruh untuk pertahankan parti UMNO dari ditawan oleh pihak ProMuhyiddin yang mahu UMNO dibubar kan kemudian nanti apabila berjaya bawa UMNO ke pangkuan PN.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker