Jokowi akui ekonomi Indonesia lebih baik dari negara G20



Jokowi akui ekonomi Indonesia lebih baik dari negara G20

Jokowi akui ekonomi Indonesia lebih baik dari negara G20

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengakui keadaan ekonomi negara ini jauh lebih baik berbanding negara lain ketika ekonomi global berdepan ketidaktentuan.

Sehubungan itu, beliau berkata, ketika negara lain ‘pening’ memikirkan masa depan mereka, ekonomi Indonesia masih dalam keadaan baik.

“Banyak negara di seluruh dunia bimbang mengenai ekonomi mereka ketika keadaan global mengalami ketidaktentuan dalam pelbagai sektor.



“Namun, saya boleh cakap bahawa Indonesia tidak perlu bimbang kerana ekonomi kita dalam keadaan baik,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Jokowi juga menegaskan bahawa rakyat negara ini perlu bersyukur kerana pembangunan ekonomi Indonesia tumbuh 5.72 peratus pada suku ketiga 2022, iaitu lebih baik berbanding negara G20.

Namun, beliau enggan berasa terlalu selesa dengan situasi dan masih mengigatkan semua pihak bahawa perubahan boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Biarpun ekonomi kita lebih baik, itu tidak bermakna kita boleh bersikap sambil lewa.



“Kita harus pastikan ekonomi kita sentiasa stabil dan setiap keputusan yang dibuat tidak akan menjejaskan pertumbuhannya,” tegas Jokowi.

Oleh hal yang demikian, Jokowi mengingatkan Surhanjaya Pemilihan Umum (KPU) supaya menggunakan bajet yang disediakan secara berhemah sepanjang pilihan raya umum berlangsung pada 2024.

Jokowi rombak Kabinet untuk kali ketiga

Jokowi akui ekonomi Indonesia lebih baik dari negara G20


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker