Lelaki kanibal Jepun, Issei Sagawa meninggal dunia

Lelaki kanibal Jepun, Issei Sagawa meninggal dunia
Issei Sagawa

Lelaki kanibal Jepun, Issei Sagawa meninggal dunia

TOKYO: Issei Sagawa atau lebih dikenali sebagai pembunuh kanibal kerana membunuh seorang pelajar Belanda dan makan dagingnya, meninggal dunia pada usia 73 tahun.

Sagawa yang tidak pernah dipenjarakan bagi kesalahan itu dilaporkan meninggal dunia pada 24 November lalu akibat jangkitan paru-paru.

Majlis pengebumiannya hanya dihadiri keluarga terdekat dan dibuat secara tertutup.



Kisah Sagawa mendapat liputan meluas di Jepun dan seluruh dunia pada 1981 ketika dia melanjutkan pengajian di Paris.

Ketika itu, Sagawa menjemput seorang rakannya yang merupakan pelajar dari Belanda, Renee Hartevelt ke rumahnya.

Selepas tiba di rumah, Sagawa menembak wanita itu di bahagian leher sebelum merogolnya.

Kemudian, lelaki itu memakan bahagian tubuh mangsa selama tiga hari berturut-turut.



Sagawa cuba melupuskan cebisan mayat Hartevelt di sebuah taman di Paris sebelum dia ditangkao polis.

Pakar psikiatri mengesahkan Sagawa tidak sesuai menjalani perbicaraan dan dia ditahan di sebuah pusat mental di Perancis sebelum dihantar pulang ke Jepun.

Ketika berada di negara ini, mahkamah memutuskan Sagawa adalah waras, namun pendakwaan terhadapnya di Perancis digugurkan, sekali gus membebaskannya daripada kes tersebut.

Sejak itu, Sagawa tidak pernah berlindung mengenai jenayah yang dilakukannya, malah menerusi novel berjudul ‘In the Fog’, lelaki itu menceritakan mengenai pembunuhan yang dilakukannya secara terperinci. – AFP

4,300 tulang manusia ditemukan

Lelaki kanibal Jepun, Issei Sagawa meninggal dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker