Methamphetamine RM6.14 juta dirampas dalam serbuan di Bandar Sunway

Methamphetamine RM6.14 juta dirampas dalam serbuan di Bandar Sunway

Methamphetamine RM6.14 juta dirampas dalam serbuan di Bandar Sunway
Methamphetamine yang dirampas menerusi serbuan di sebuah rumah di Bandar Sunway pada Rabu lalui. – NSTP/ NORZAMIRA CHE NOH.

SHAH ALAM: Polis merampas 170.58 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggar bernilai RM6.14 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Sunway, dekat Subang Jaya Rabu lalu.

Serbuan jam 3 petang itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Subang Jaya dengan seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun ditahan.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, berkata suspek dipercayai aktif dalam pengedaran dadah sejak dua bulan lalu dan polis masih menyiasat sekiranya lelaki itu terbabit dengan mana-mana sindiket.



“Hasil semakan, suspek sebelum ini bekerja sebagai pemandu e-hailing mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Methamphetamine RM6.14 juta dirampas dalam serbuan di Bandar Sunway
Sasikala Devi (dua dari kiri) menunjukkan dadah jenis methamphetamine yang dirampas menerusi serbuan pada 30 November lalu. – NSTP/ NORZAMIRA CHE NOH

“Suspek kini direman tujuh hari sehingga 7 Disember ini untuk sisatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Mengulas serbuan itu, Sasikala Devi berkata hasil risikan seminggu polis membawa kepada rampasn 166 bungkusan plastik terdiri 111 bungkusan teh Cina berwarna hijau dan kuning serta 55 bungkusan plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine.

“Dadah dirampas ini dipercayai dibawa masuk dari luar negara untuk dipasarkan sekitar Lembah Klang.



“Polis turut menyita sebuah kereta jenis Honda City dianggarkan bernilai RM18,000,” katanya.

Malaysia jadi transit hampir 400kg meth

Methamphetamine RM6.14 juta dirampas dalam serbuan di Bandar Sunway


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button