Pentagon dakwa China bakal miliki simpanan bekalan 1,500 senjata nuklear

Pentagon dakwa China bakal miliki simpanan bekalan 1,500 senjata nuklear

Pentagon dakwa China bakal miliki simpanan bekalan 1,500 senjata nuklear
KAPAL selam nuklear jenis 094A milik tentera China mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan di perairan berhampiran Qingdao di wilayah Shandong di timur China pada 2019. -AFP

WASHINGTON: China berkemungkinan mempunyai simpanan bekalan sebanyak 1,500 senjata nuklear menjelang 2035 sekiranya negara itu masih terus membangunkan senjata tersebut pada kadar semasa.

Dakwaan itu dibuat oleh Pentagon dalam satu laporan yang dikeluarkan semalam.

Angka tersebut meningkatkan kebimbangan Amerika Syarikat (AS) berhubung hasrat China untuk mengembangkan lagi keupayaan senjata nuklear, meskipun unjuran tidak menunjukkan bahawa Beijing sedang mempercepatkan pembangunan senjata nuklearnya.



Laporan itu yang merangkumi kegiatan pada tahun 2021, menyatakan China mempunyai simpanan bekalan lebih 400 senjata nuklear setakat ini.

Menurut pihak berkuasa, unjuran Pentagon bahawa China mempunyai sebanyak 1,000 senjata nuklear menjelang 2030 kekal tidak berubah.

Malah, jelasnya, unjuran bagi tahun 2035 adalah berdasarkan pada kadar pembangunan bekalan senjata pada rentak yang tidak berubah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sebelum ini, China memaklumkan bekalan senjata nuklearnya adalah lebih rendah berbanding AS dan Russia.



Beijing juga menyatakan pihaknya bersedia untuk mengadakan perbincangan hanya jika Washington mengurangkan bekalan senjata nuklearnya pada paras yang sama dengan China.

Berdasarkan laporan dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), AS mempunyai simpanan bekalan sebanyak 3,700 senjata nuklear yang mana kira-kira 1,740 sudah digunakan.

Sementara itu, seorang pegawai kanan pertahanan Amerika Syarikat (AS) berkata, negara itu mempunyai pembangunan senjata nuklear yang pesat dan terlalu besar untuk disembunyikan.

β€œIa juga menimbulkan persoalan sama ada negara itu beralih daripada strategi yang dirujuk sebagai langkah pencegahan berkesan,” katanya dalam taklimat mengenai laporan tahunan Pentagon berhubung ketenteraan China. – REUTERS

Pentagon dakwa China bakal miliki simpanan bekalan 1,500 senjata nuklear


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker